Kambing Goreng di A&J Burger Grill Western, Sungai Buloh
Kalau korang dah bosan dengan makanan yang korang biasa makan, tiba-tiba rasa nak cuba makanan barat, korang mungkin boleh cuba satu restoran yang terletak di Sungai Buloh ni, A&J Burger Grill Western. Restoran ini menyediakan makanan barat yang pelbagai, bukan sahaja menjual burger seperti yang tertulis pada nama restoran.
Kisahnya, pada September yang lepas penulis bersama keluarga telah ke restoran A&J Burger Grill Western untuk menyambut hari jadi adik penulis yang ke 20. Di sini ada satu menu yang agak rare iaitu kambing goreng.
Restoran ini ada menyediakan ruang makan tertutup dan berhawa dingin yang selesa untuk mereka yang berkeluarga, terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil. Untuk korang yang nak lepak malam-malam jangan risau, ada juga disediakan ruang makan terbuka di bahagian hadapan kedai.
01 Kambing Goreng Crispy RM20.90. Ini pertama kali penulis makan kambing goreng, ia disediakan bersama kentang goreng berkeju, salad dan juga sos lada hitam. Walaupun nampak macam kering daripada luar, sebenarnya ia agak lembut. Kontra pada salutan yang rangup dan daging yang lembut memberikan pengalaman yang berbeza berbanding kambing bakar. ★★★★☆
02 Monster Big Burger (Double) RM16.90. Kepingan daging yang digunakan adalah handmade dan setiap satunya seberat 150gram, ataupun 1.35 kali lebih berat berbanding patty pada Quarter Pounder daripada McD. Memang puas dan mengenyangkan, boleh dimakan 2 ke 3 orang. Untuk single pula harganya RM10.90. ★★★★☆
03 Nasi Goreng Kambing Panggang RM18.90. Walaupun nampak macam nasi goreng daging merah ataupun paprik disebabkan oleh sayur yang digunakan seperti lobak dan bawang, rasanya agak berbeza kerana kambing yang digunakan mempunyai perapannya yang tersendiri. ★★★☆☆
04 Lasagne RM13.90. Antara menu yang perlu cuba juga ialah lasagna ayam ataupun daging. Lasagna yang lemak berkrim ini menggunakan sos tomato, dan disyorkan untuk dinikmati sewaktu ia masih panas dimana kejunya masih belum mengeras. Memandangkan ia dibakar, ada bahagian yang agak kering dan keras di bahagian tepi. ★★★★☆
05 Ayam Cheese Tumpah RM13.90. Untuk menu ni, bagi penulis rasanya lebih kurang je dengan ayam goreng cheese atau keju yang kita boleh dapat diluar. Keistimewaannya terletak pada keju mozzarella yang digunakan selain daripada sos keju. ★★★☆☆
06 Chicken Grill / Chicken Chop RM15.90. Chicken grill dan chicken chop yang disediakan tidak kering. Ia juga disediakan menggunakan bahagian peha yang lebih lembap berbanding bahagian dada ayam yang lebih mudah kering. ★★★★☆
Mungkin tak banyak yang boleh diulas kerana rata-rata restoran makanan barat menyediakan makanan yang hampir sama, dengan cara penyediaan yang berbeza. Di restoran ini, setiap set chicken chop, chicken grill, fish n chip, lamb grill dan kambing goreng datang bersama kentang goreng bersos keju dan juga salad.
Secara keseluruhannya, agak berpuas hati, kecuali untuk ayam cheese tumpah. Kalau korang datang sini penulis cadangkan korang cuba kambing goreng dan juga burger. Cumanya, kalau korang nk makan sini, poket kena tebal sikit, sebab harga makanan pun boleh tahan. Bajet untuk 2 orang dalam RM50.
Post a Comment