Rumah Kebun Residence, Hulu Langat. Villa yang Ideal untuk Berkumpul

Kalau korang masih tercari-cari tempat untuk korang buat 'reunion', nak berkumpul semula dengan rakan-rakan lama, harini penulis nak berkongsi tentang satu tempat yang penulis pernah pergi dan bagi penulis memang tempat yang cantik dan sesuai untuk berkumpul dan melakukan aktiviti beramai-ramai.

Rumah Kebun Residence

Tempat yang penulis nak kongsikan hari ni sebenarnya sebuah homestay yang terletak di Hulu Langat, Selangor iaitu Rumah Kebun Residence. Rumah Kebun Residence boleh disewa melalui Airbnb.

Untuk harga terkini, boleh ke laman Airbnb Rumah Kebun (RM2214 pada 1 Jun 2022). Pada pandangan pertama, harganya memang agal mahal, tetapi selepas diambil kira fasiliti, landskap, keluasan dan keselesaan yang kita akan dapat ia sebenarnya berbaloi.

Untuk Mereka Yang Mahukan Privasi

Villa atau homestay yang luas ini hanya boleh disewa oleh seorang penyewa sahaja, menjadikan ia tempat berkumpul yang sesuai bagi mereka yang mahukan lebih kebebasan dan privasi.

Ini bermakna seorang penyewa akan menyewa seluruh kawasan villa yang terdiri daripada kawasan parkir yang dapat menempatkan lebih daripada 10 buah kenderaan, sungai, kolam renang, kawasan unggun api, dan 4 buah bilik yang dapat menempatkan lebih daripada 16 orang penghuni.

Memuatkan Sehingga 4 Keluarga atau Lebih

Sebenarnya, keluasan villa ini sahaja secara mudah dapat menampung kedatangan lebih daripada 40 orang, tetapi mungkin pemilik villa ini akan mengehadkan bilangan orang yang boleh bermalam di sini.

4 bilik yang disediakan mempunyai bilik air sendiri, 2 buah bilik terletak di bahagian bawah kediaman utama, sebuah bilik di bahagian atas, dan sebuah lagi bilik yang dilengkapi oleh 2 buah katil bertingkat terletak berhadapan dengan kolam renang.

Rekaan Dalaman Yang Cantik

Rekaan dalaman dan luaran kediaman telah dirancang dengan teliti untuk menggabungkan elemen moden bersama dengan alam semula jadi. Kolam renang yang disediakan juga dikelilingi batu dan tumbuhan.

Perabot-perabot yang digunakan juga agak berkualiti dan selesa. Ada juga disediakan tempat untuk berkumpul dan berborak di kawasan luar. Sambil-sambil berborak bolehlah menghirup udara yang segar.

Dapur dan Tempat BBQ Disediakan

Di sini juga ada dapur yang serba lengkap dengan tempat memasak, peti ais, microwave, sinki, pinggan mangkuk dan tempat makan yang luas. Tak perlu risau kalau datang beramai-ramai sebab di luar juga ada disediakan tempat untuk makan.

Tempat untuk bbq atau memanggang juga ada disediakan. Memandangkan kawasan agak gelap pada waktu malam, dan villa ini juga agak jauh dari bandar, memang dinasihatkan untuk masak sendiri. Minyak, gula dan garam ada disediakan.

Kolam Renang atau Sungai? Anda Pilih

Terus terang, memang berbaloi rasanya berkumpul di Rumah Kebun Residence. Kalau belum pernah datang, mesti kena datang dan alami sendiri apa rasanya berkumpul di sini. Jangan lupa bawa baju mandi untuk mandi di kolam renang atau sungai.

Mengikut pengalaman penulis, agak susah untuk dapatkan talian atau isyarat telefon di sini untuk sebahagian telco seperti DiGi dan U Mobile. Sebelum penulis akhiri entri hari ni penulis belanja satu gambar kucing yang ada di sini.

Rumah Kebun Residence, Hulu Langat
Rating: ★★★★★
 azizinet00 |  hari3aku

Post a Comment

To Top