Perlukah Boikot Durian Timbang? Sekilo RM10? Sekilo RM20? Sekilo RM45? Kulit Lebih Berat dari Isi? Pengalaman Makan Durian Udang Merah
Dah lama mengidam durian klon seperti Duri Hitam (Black Thorn), Musang King atau Raja Kunyit D197 (Mao Shan Wang) dan Udang Merah D175 (Red Prawn). Walaupun berada dalam musim durian, harga-harga durian di pasaran masih belum turun ke paras yang mampu milik. Namun demikian, jika kita betul-betul teliti, sebenarnya ada gerai yang menjual durian pada harga yang lebih murah.
Pada minggu yang lalu, penulis berkesempatan untuk merasa durian udang merah yang dibeli pada harga RM50 selonggok. Walaupun saiznya kecil, bagi penulis agak berbaloi untuk 11 biji durian yang penulis dapat, menjadikan setiap biji kurang dari RM5.
Durian yang berasal dari balik pulau dan juga dipanggil sebagai Ang Heh dalam bahasa Hokkien ini sememangnya popular dengan rasanya yang lemak, manis dan setanding musang king. Isi ulasnya juga tebal dan mempunyai biji yang bersaiz sama ada besar atau kecil dan nipis.
Rata-rata pencarian berkenaan harga durian akan menekankan dan menceritakan keluhan peminat durian tentang kenaikan harga buah tersebut dalam beberapa tahun ini. Suatu masa dahulu, durian dijual berdasarkan bilangan, tetapi sekarang, walaupun masih ada yang menjual secara longgok; ia telah menjadi satu norma untuk menjual durian berdasarkan berat.
Keluhan yang disuarakan bukanlah suatu yang pelik, kerana sebiji durian yang bersaiz sederhana mempunyai berat melebihi 1 kilo. Contohnya durian kampung dijual pada harga serendah RM8 sekilo sekarang, sebiji durian yang bersaiz sederhana besar kemungkinan akan mencecah harga lebih dari RM10. Menambahkan lagi kegelisahan pembeli apabila berat ulasnya mungkin cuma 15% ke 30% dari berat sebiji durian.
Jadi persoalannya sekarang, di balik gesaan sebahagian masyarakat untuk memboikot durian yang dijual secara timbang, adakah ia wajar dilakukan? Kebanyakan buah-buahan lain juga dijual secara timbang, apakah yang ada pada durian yang telah menjadikannya satu isu?
Pada pendapat penulis, ia menjadi isu kerana pembelian durian mempunyai ketidakpastian yang tinggi. Berbanding buah-buahan lain, kebanyakan durian mempunyai bentuk yang pelbagai mengikut gred, susah untuk dijangka berapa ulas yang kita akan dapat untuk satu biji durian terutamanya untuk durian gred rendah dan berbentuk tidak simetri. Penulis sendiri pernah membeli sebiji durian kampung bersaiz sederhana pada harga RM12 yang mempunyai hanya 3 ulas.
Untuk memahami naik turun harga pada pasaran, kita perlu faham konsep ekonomi yang dipanggil demand and supply, ataupun permintaan dan penawaran. Dalam bahasa mudah, ia menerangkan bahawa interaksi antara permintaan dan penawaran untuk satu-satu barangan boleh memberi kesan pada harga pasaran barangan tersebut.
Contohnya, apabila permintaan suatu barangan itu tinggi manakala penawaran atau bekalannya pula rendah, ia akan menyebabkan kenaikan pada harga barangan tersebut. Situasi seperti kekurangan hasil luar dari musim dan juga masalah kekurangan hasil tuaian seperti yang dialami pekebun berapa tahun lepas merupakan antara faktor peningkatan harga durian.
Pada tahun 2017, negara China telah mengimport banyak durian dari Malaysia dan Thailand, secara tidak langsung mengurangkan lagi bekalan durian di sini. Sebiji durian Musang King pada waktu itu boleh mencecah harga RM70 ke RM90 sekilo.
Suatu masa dahulu, tanaman durian digantikan dengan sawit yang dikatakan lebih menguntungkan. Sekarang, pada waktu sawit tidak menguntungkan, ia ditebang dan digantikan dengan tanaman durian yang dipercayai lebih menguntungkan. Suatu hari nanti, apabila pasaran mula tepu dengan bekalan durian yang banyak, mungkin harga durian akan jadi lebih murah.
Konklusinya, harga durian yang ada di pasaran sekarang adalah munasabah, dan naik turunnya berdasarkan bekalan dan permintaan pada waktu tersebut. Namun, sama ada ia nilai atas wang ataupun tidak, ia bergantung atas kepuasan pembeli dan kejujuran peniaga. Tanpa perlu sengaja memboikot, jika harga durian tidak munasabah, permintaan akan mula berkurang dan dengan sendirinya harga akan turun.
Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Tanpa perlu mengajak orang lain memboikot durian timbang, mungkin kita hanya perlu menunggu masa yang sesuai untuk menikmati raja buah tersebut. Yang perlu diboikot sebenarnya peniaga yang tidak jujur.
Syukur, kerana sekarang lebih ramai peniaga yang peka dengan keluhan pembeli dan memberikan servis yang lebih baik. Ada peniaga yang menjamin kualiti durian mereka dengan membenarkan pembeli untuk menggantikan buah yang rosak atau tidak mempunyai isi.
Abstrak Durian timbang tidak perlu diboikot secara sengaja kerana harganya adalah munasabah. Memboikot secara sengaja akan memberikan kesan kepada pasaran durian. Naik turun pada harga durian adalah suatu kebiasaan berdasarkan bekalan dan permintaan yang ada pada masa-masa tertentu. Jika harga durian tidak munasabah, ia dengan sendiri akan mengurangkan permintaan dan menurukan harga buah tersebut kepada harga yang lebih munasabah.
Pada minggu yang lalu, penulis berkesempatan untuk merasa durian udang merah yang dibeli pada harga RM50 selonggok. Walaupun saiznya kecil, bagi penulis agak berbaloi untuk 11 biji durian yang penulis dapat, menjadikan setiap biji kurang dari RM5.
Durian yang berasal dari balik pulau dan juga dipanggil sebagai Ang Heh dalam bahasa Hokkien ini sememangnya popular dengan rasanya yang lemak, manis dan setanding musang king. Isi ulasnya juga tebal dan mempunyai biji yang bersaiz sama ada besar atau kecil dan nipis.
Isi durian Udang Merah lebih kuning
Pada waktu penulis menulis artikel ini, durian Udang Merah di Kuantan boleh didapati pada harga serendah RM20 sekilo. Tetapi ia boleh mencecah sehingga lebih dari RM30 atau RM40 di luar musim.Rata-rata pencarian berkenaan harga durian akan menekankan dan menceritakan keluhan peminat durian tentang kenaikan harga buah tersebut dalam beberapa tahun ini. Suatu masa dahulu, durian dijual berdasarkan bilangan, tetapi sekarang, walaupun masih ada yang menjual secara longgok; ia telah menjadi satu norma untuk menjual durian berdasarkan berat.
Keluhan yang disuarakan bukanlah suatu yang pelik, kerana sebiji durian yang bersaiz sederhana mempunyai berat melebihi 1 kilo. Contohnya durian kampung dijual pada harga serendah RM8 sekilo sekarang, sebiji durian yang bersaiz sederhana besar kemungkinan akan mencecah harga lebih dari RM10. Menambahkan lagi kegelisahan pembeli apabila berat ulasnya mungkin cuma 15% ke 30% dari berat sebiji durian.
Pada pendapat penulis, ia menjadi isu kerana pembelian durian mempunyai ketidakpastian yang tinggi. Berbanding buah-buahan lain, kebanyakan durian mempunyai bentuk yang pelbagai mengikut gred, susah untuk dijangka berapa ulas yang kita akan dapat untuk satu biji durian terutamanya untuk durian gred rendah dan berbentuk tidak simetri. Penulis sendiri pernah membeli sebiji durian kampung bersaiz sederhana pada harga RM12 yang mempunyai hanya 3 ulas.
Untuk memahami naik turun harga pada pasaran, kita perlu faham konsep ekonomi yang dipanggil demand and supply, ataupun permintaan dan penawaran. Dalam bahasa mudah, ia menerangkan bahawa interaksi antara permintaan dan penawaran untuk satu-satu barangan boleh memberi kesan pada harga pasaran barangan tersebut.
Contohnya, apabila permintaan suatu barangan itu tinggi manakala penawaran atau bekalannya pula rendah, ia akan menyebabkan kenaikan pada harga barangan tersebut. Situasi seperti kekurangan hasil luar dari musim dan juga masalah kekurangan hasil tuaian seperti yang dialami pekebun berapa tahun lepas merupakan antara faktor peningkatan harga durian.
Pada tahun 2017, negara China telah mengimport banyak durian dari Malaysia dan Thailand, secara tidak langsung mengurangkan lagi bekalan durian di sini. Sebiji durian Musang King pada waktu itu boleh mencecah harga RM70 ke RM90 sekilo.
Durian Kampung, isinya berwarna lebih pudar
Kembali kepada persoalan asal, wajarkah kita boikot durian yang dijual secara timbang? Pada pendapat penulis tidak. Bagi penulis, jika harga pasaran durian dimanipulasi secara sengaja, ia akan membawa kerugian bukan sahaja kepada peniaga, tetapi kepada kita juga. Jika ia dilakukan dengan sengaja, ia akan menjadikan durian sebagai satu perniagaan yang tidak menguntungkan, mungkin ramai peniaga akan mula menggantikan tanaman durian dengan tanaman lain seperti nenas ataupun mangga, ini bermakna bekalan akan semakin berkurang dan harganya mungkin akan naik jauh lebih tinggi suatu masa nanti.Suatu masa dahulu, tanaman durian digantikan dengan sawit yang dikatakan lebih menguntungkan. Sekarang, pada waktu sawit tidak menguntungkan, ia ditebang dan digantikan dengan tanaman durian yang dipercayai lebih menguntungkan. Suatu hari nanti, apabila pasaran mula tepu dengan bekalan durian yang banyak, mungkin harga durian akan jadi lebih murah.

Post a Comment