108 Produk Sedia Dimakan FamilyMart Malaysia Kini Disahkan Halal

Masih ingat lagi catatan penulis tentang isu halal FamilyMart? Untuk menangani persoalan tentang status halal makanan-makanan sedia dimakan di FamilyMart, mereka telah mengeluarkan kenyataan bagi meyakinkan pengguna bahawa makanan-makanan yang disediakan di FamilyMart adalah menggunakan bahan-bahan yang halal. 

Yang terkini, berkebetulan dengan pembukaan cawangan ke-100 FamilyMart yang terbaharu di Jonker Street, Melaka, kita telah dimaklumkan bahawa 108 daripada produk sedia dimakan FamilyMart telah disahkan halal oleh badan pensijilan halal Jakim. 

Ia merupakan susulan daripada tindakan sebuah syarikat pengendali, QL Kitchen Sdn. Bhd. yang menyediakan produk sedia dimakan untuk kedai serbaneka tersebut untuk mendapatkan sijil halal bagi produk-produk yang disediakan mereka.

Untuk senarai penuh 108 produk yang telah disahkan halal, boleh layari portal rasmi halal Malaysia dan membuat carian QL Kitchen, ataupun klik sini. Senarai tersebut akan dikemaskini dan ditambah apabila FamilyMart memperkenalkan produk-produk terbaharu dari mereka.

Berikutan kenyataan ini, diharap pengguna muslim di seluruh Malaysia akan menjadi lebih yakin dan tidak lagi was-was untuk menikmati produk-produk yang disediakan di FamilyMart seperti sushi, onigiri, bento dan sebagainya. 

1) Sumber gambar utama: hype.my

Post a Comment

To Top