Rapid KL Laksanakan Perkhidmatan Tanpa Tunai Mulai 15 April 2019

Menurut Rapid KL, kaedah pembayaran secara elektronik sepenuhnya akan dilaksanakan bagi perkhidmatan bas Rapid KL mulai 15 April 2019. Untuk makluman, pada Februari yang lepas, Rapid KL juga telah melaksanakan perkhidmatan tanpa tunai untuk perkhidmatan bas pengantara bagi Transit Aliran Massa (MRT). Walau bagaimanapun, perlaksanaan untuk bas Rapid KL ini akan dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan. Rujuk gambar di bawah.

Perlaksanaan akan dimulakan pada 15 April untuk perkhidmatan untuk laluan Ampang, diikuti dengan laluan Cheras, Sungai Besi dan Jalan Klang Lama pada 29 April. Bagi laluan Damansara, Jalan Ipoh dan juga Jalan Pahang, perlaksanaan akan bermula pada 13 Mei. Akhirnya, perlaksanaan untuk perkhidmatan bas laluan Lebuhraya Persekutuan akan bermula pada 27 Mei.

Boleh rujuk gambar di atas untuk maklumat lebih lanjut berkenaan nombor bas yang terlibat untuk setiap laluan. Pengguna dinasihatkan untuk bersedia lebih awal daripada tarikh perlaksanaan bagi mengelakkan sebarang masalah.

Penulis sedar, kemungkinan ada pengguna yang berasa susah hati dengan perubahan yang dilakukan Rapid KL. Walaupun demikian, percayalah bahawa perubahan yang merenyahkan pada awalnya ini, akan menjadi suatu perkara yang memudahkan untuk masa yang akan datang.

Post a Comment

To Top