Nasi Ayam Papa, Best Hainan Chicken Rice in Town. Kini Dibuka di Indera Mahkota Kuantan

Siapa tak suka nasi ayam? Penulis suka, korang pun suka, jadi hari ini penulis datang lagi dengan satu hantaran berkenaan nasi ayam. Buat pengetahuan penduduk Kuantan, terutamanya yang tinggal di Indera Mahkota, sekarang kita ada satu lagi port Nasi Ayam, Nasiayampapa.

Nasiayampapa yang baru sahaja mula beroperasi pada 15 haribulan yang lepas ini bertempat di Suria Atabara, berdekatan sahaja dengan Burgerking Indera Mahkota 7. Selain itu, restoran ini juga beroperasi daripada 10 pagi sehingga 10 malam.

Selain di Indera Mahkota, Nasiayampapa juga mempunyai cawangan utama di Beserah yang hanya beroperasi daripada 10 pagi sehingga 5 petang.

Penulis belum pernah ke cawangan Beserah, tetapi untuk cawangan Indera Mahkota restorannya kelihatan bersih dan tersusun walaupun sedikit sempit.

Terdapat dua pilihan ayam iaitu 'roasted' dan 'steamed'. Selain itu, kita juga dapat memilih samada hendak ayam 'signature' (RM6 single/RM10 double ala carte), 'percik' (RM7 single/RM11 double ala carte) ataupun 'rendang' (RM7 single/RM11 double ala carte).

Penulis telah memesan nasi ayam signature roasted bersama dengan tauge kicap (RM3) sebagai hidangan sampingan dan juga sebotol air mineral (RM2). Hidangan yang datang kelihatan menarik dan kemas.  Walaupun demikian, penulis agak kurang berpuas hati dengan saiz hidangan nasi yang agak sedikit.

Ayam signature secara mudahnya ialah ayam yang disediakan bersama dengan kicap. Ayam roasted yang disediakan tidak kering, dan isinya lembap seperti dikukus atau direbus. Ia juga dihias bersama dengan hirisan timun, bawang goreng dan juga daun bawang.

Yang menjadi kegemaran penulis apabila makan nasi ayam hainan sebenarnya ialah tauge Ipoh atau tauge kicap. Tauge kicap yang disediakan di nasiayampapa memang sedap dan rangup. Selain daripada tauge kicap, ada juga lauk sampingan lain seperti baby kailan (RM4) dan pak choy (RM4).

Secara kesuluruhannya, selain daripada saiz nasi yang disediakan, penulis memang berpuas hati. Kicap yang digunakan sedikit manis dan sedikit masin. Pada pendapat penulis, dari segi rasa, Nasiayampapa boleh jadi alternatif lain kepada Chicken Rice Shop, kerana profil rasa nasi ayam daripada kedua-dua restoran bagi penulis hampir serupa.

Dari segi harga pula, penulis tidak ada sebarang komen terhadap harga makanan. Tetapi harga minuman yang dijual agak mahal dan tidak mesra pelajar. Harga untuk combo bagi nasi ayam signature roasted atau steamed single bersama dengan minuman ringan ialah RM8.50, berbanding RM8 di chicken+honey, satu lagi restoran nasi ayam kegemaran penulis.

Boleh layari facebook Nasiayampapa untuk maklumat lanjut berkenaan menu-menu baharu di cawangan Indera Mahkota.

Post a Comment

To Top