Nasi Ayam Lemon Paling Best di Pak Li Kopitiam. Hanya di Shah Alam, Klang dan Banting.

Nasi Ayam Lemon Pak Li Kopitiam
Hari ini lagi sekali penulis hendak berkongsi tentang nasi ayam. Tetapi kali ini agak istimewa kerana ia berkenan dengan nasi ayam lemon. Nasi ayam lemon? Macam mana ayam boleh digandingkan dengan lemon? Walaupun agak pelik, sebenarnya ia merupakan gandingan yang cukup menyelerakan.

Nasi ayam lemon selalunya ada dijual di medan-medan selera di pasaraya contohnya Tesco dan Giant, ataupun di pusat membeli-belah. Tetapi, mengikut pengalaman penulis, restoran yang menyediakan nasi ayam lemon yang paling best ialah Pak Li Kopitiam.

Restoran Pak Li Kopitiam Cawangan Giant Klang Sentral
Memandangkan Pak Li Kopitiam hanya mempunyai cawangan di Klang, Shah Alam dan Banting, korang kena turun ke sana untuk cuba nasi ayam lemon ni. Berapa minggu yang lepas, penulis telah ke Pak Li Kopitiam cawangan Klang yang bertempat di Giant Hypermarket Klang Sentral.

Pak Li Kopitiam Menu Nasi Ayam Lemon
Dengan harga hanya RM7.90, kita boleh dapat nikmati satu hidangan nasi ayam lemon yang merupakan antara menu paling laris di Pak Li Kopitiam -- harga tidak termasuk air kosong yang penulis pesan. Seperti yang semua sedia maklum, harga makanan di kopitiam bertaraf kafe, dan lebih mahal berbanding di gerai atau warung.

Nasi Ayam Lemon Pak Li Kopitiam
Walaupun demikian, bagi penulis harga tersebut tidaklah terlalu mahal kerana nasi ayam lemon di medan selera juga boleh mencecah harga RM7. Malah jika dilihat dari kualiti dan saiz bahagian nasi dan ayam yang disediakan, ia amat berbaloi. Sos lemon yang disediakan agak pekat, ia mempunyai rasa masam dan manis yang seimbang.

Pak Li Kopitiam Giant Hypermarket Klang Sentral
Bahagian ayam yang digunakan pula ialah peha yang lebih berjus atau juicy berbanding dengan bahagian dada. Ini menjadikan ayam tersebut rangup di bahagian luar dan lembut di bahagian dalam. Kontra pada tekstur itu menjadi identiti istimewa yang boleh dirasai pada setiap suapan.

Kepada korang semua yang belum pernah ke Pak Li Kopitiam, selain di Giant Klang Sentral, Pak Li Kopitiam juga ada di Ole Ole Seksyen 18, Shah Alam; di Jalan Kristal Seksyen 7, Shah Alam; Giant Kemuning Utama, Shah Alam; dan juga Giant Banting. 

Pastikan sebelum korang cuba makanan yang lain, korang cuba dulu nasi ayam lemon ni, lepas tu penulis nak tahu korang setuju ke tak dengan pendapat penulis.

Post a Comment

To Top