Wendy's Malaysia Berhenti Operasi Mulai 31 Mac 2019?

Wendy's
Baru-baru ini ada khabar angin yang mengatakan bahawa Wendy's Malaysia akan mula menutup kesemua cawangannya di Malaysia mulai 31 Mac 2019. Malah, menurut netizen juga ada beberapa cawangan Wendy's seperti di IPC Damansara dan juga sekitar Lembah Klang yang telah pun ditutup.

Ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa hal ini berikutan daripada keputusan pemegang francais Wendy's Malaysia iaitu Berjaya Burger Sdn. Bhd. yang telah membuat keputusan untuk tidak memperbaharui perjanjian mereka bersama dengan Wendy's.

Benarkah Wendy's Malaysia berhenti operasi mulai hari ini 31 Mac 2019? Mungkin Wendy's tidak terkenal seperti McD, KFC, Burger King dan Subway, tetapi ia merupakan salah satu daripada restoran kegemaran penulis, malah penulis lebih sukakan Wendy's berbanding McD.

Wendy's Malaysia
Ada yang mendapati bahawa Wendy's Malaysia telah menutup akaun instagram mereka. Selain itu ada juga instagram dengan akaun wendysmalaysia yang memaklumkan penutupan secara tetap mulai 31 Mac. Malah jika dilihat akaun Facebook Wendy's Malaysia juga, kita akan dapati bahawa hantaran-hantaran terakhir mereka adalah pada bulan January.

Wendy's Dave's Hot n Juicy
Jika benar kesemua Wendy's berhenti beroperasi mulai 31 Mac 2019, ataupun hari ini. Berdukacitalah peminat-peminat Wendy's di Malaysia termasuk penulis. Penulis akan sentiasa merindui Dave's Cheeseburger dan Mushroom Melt.

Wendy's Berjaya Times Square
Wendy's Berjaya Times Square
Mujur penulis telah membuat keputusan untuk ke Wendy's Berjaya Time Square pada waktu terakhir penulis ke Kuala Lumpur berapa bulan yang lepas, siapa sangka ia merupakan kali yang terakhir.

Post a Comment

To Top