Extra Hot Chicken Wing yang Pedas di Chicken+Honey, Kuantan

Beberapa bulan yang lepas, penulis telah pergi ke restoran Chicken+Honey di bandar Kuantan untuk cuba Nasi Ayam Madu. Walaupun penulis cuma makan nasi ayam pada lawatan penulis yang lepas, penulis sebenarnya amat tertarik dengan menu-menu ayam yang ada di Chicken+Honey.

Ini merupakan kali kedua penulis datang ke restoran ni, dan kali ini penulis telah mencuba dua menu iaitu Nasi Ayam Kukus dan juga Extra Hot Chicken Wing. Tujuan asal cuma untuk makan nasi ayam, tapi why not kita cuba chicken wing sama.

Berbeza dengan Nasi Ayam Madu yang disediakan bersama dengan kicap, Nasi Ayam Kukus di Chicken+Honey ada satu rasa yang unik berbanding Nasi Ayam Kukus di tempat-tempat lain penulis pernah makan, rasa minyak bawang putih. Untuk satu set Nasi Ayam Kukus bersama minuman, harganya hanyalah RM8.

Bagi sesiapa yang tidak suka pada bawang putih, mungkin ini bukan menu untuk anda. Tetapi kalau anda penggemar bawang putih seperti penulis, minyak bawang putih yang digunakan sememangnya memberikan kelainan dan rasa yang kuat pada ayam yang disediakan. Untuk menu ini, kicap tidak disediakan, mungkin boleh minta daripada staf.

Selesai sahaja makan nasi ayam, tiba lah masa untuk rasa chicken wing pula. Pada harga RM11, penulis boleh dapat 6 chicken wing yang extra pedas (tak tahu kenapa penulis dapat 7). Tengok warna sahaja pun kita dah boleh nampak serbuk cili atau lada yang digunakan memang banyak. Bagi penulis memang pedas walaupun belum level samyang lagi, sebab hidung penulis pun boleh berair makan dalam aircond. Yang paling penting, isi ayam tidak kering dan masih 'juicy'.

Secara keseluruhannya, penulis berpuas hati. Masih ada menu yang penulis hendak cuba seperti ayam korea. Penulis tidak berkesempatan untuk cuba ayam korea kerana ia dijual 12 ketul, penulis pula makan sorang-sorang. Dua perkara penulis perasan untuk lawatan kali ni, pertamanya harga set nasi ayam telah berkurang daripada RM9.90 kepada RM8. Keduanya, tidak ada wonton goreng.

Post a Comment

To Top