Apakah Senaman One Punch Man Challenge? Lihat Hasil Seorang Lelaki Yang Telah Mencabar Dirinya Selama 30 Hari

One Punch Man Workout
Baru-baru ini telah tular di media sosial tentang seorang lelaki Singapura dengan nama Sean Seah yang mencabar dirinya untuk bersenam selama 30 hari dengan mencontohi gaya 'One Punch Man'. Apakah 'One Punch Man' dan apakah pula 'One Punch Man Challenge'?

One Punch Man merupakan karya seorang pelukis komik Jepun (mangaka) ONE, yang kemudiannya telah menjadi satu siri anime Jepun yang amat popular. Ia berkisar tentang seorang lelaki bernama Saitama yang mempunyai kekuatan luar biasa dan mampu menumbangkan musuh dengan hanya satu tumbukan.

One Punch Man
Antara ciri unik Saitama ialah kepalanya yang botak. Pada asalnya dia merupakan seorang yang berambut lebat, namun setelah 3 tahun mengharungi regimen latihan yang telah membuatkan badannya menjadi kuat, rambutnya mulai gugur. Regimen latihan itulah yang menjadi asas kepada One Punch Man Challenge ataupun One Punch Man Workout Challenge.

One Punch Man
Apa yang menariknya, ia tidak melibatkan wang, dan tidak memerlukan untuk pergi ke gym. Latihan itu cuma perlukan 100 tekan tubi, 100 bangkit tubi, 100 squats dan 10 kilometer larian satu hari untuk setiap hari. Walaupun menurut cerita asalnya dilakukan selama 3 tahun, challenge ini kebanyakannya dilakukan hanya selama sebulan.

- Sean Seah sebelum (kiri) dan selepas (kanan) challenge-
Sebenarnya dah ramai yang cuba challenge ni dan challenge ni pun dah ada dalam 2 ke 3 tahun, cuma seingat penulis belum pernah tular lagi sebelum-sebelum ini. Kalau nak tengok video brother Sean Seah daripada Singapura yang cuba challenge ni, boleh tengok video di bawah. Walaupun hanya sebulan, tak dapat dinafikan nampak perbezaan yang agak ketara.

Walaubagaimanapun, jangan sangka setiap orang akan dapat hasil yang sama. Ada faktor-faktor lain yang boleh memberi kesan kepada hasil senaman contohnya seperti pemakanan dan aktiviti harian. Yang penting jangan pernah berputus asa, bak kata orang, no pain no gain.

Walaupun demikian, amatlah penting untuk memastikan diri dalam keadaan yang baik, dan tidak terlalu memaksa sehingga menyebabkan kecederaan. Jadilah bijak seperti Sean Seah, dia telah memulakan challenge mengikut kemampuannya dengan 50 tekan tubi, 50 bangkit tubi, 50 squats dan juga larian 5 kilometer.

Post a Comment

To Top