Isu Halal FamilyMart Malaysia. Ini Penjelasan daripada FamilyMart
Masih ingat post penulis tentang FamilyMart beberapa bulan lepas? Waktu tu penulis baru pertama kali ke FamilyMart di Midvalley Megamall. Selepas daripada waktu tu pun sebenarnya penulis ada ke FamilyMart yang lain di Bukit Bintang, Seksyen 18 Shah Alam dan Ikano Power Centre. Terus terang penulis memang suka dengan pilihan-pilihan makanan yang ada, walaupun sedikit mahal dari segi harga.
Gambar hiasan -sumber CNN-
Seperti sedia maklum, rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam amat menitikberatkan isu halal. Hal ini sememangnya bagus dalam membentuk kesedaran kepada umat islam di negara ini, hal ini juga akan menjadikan pemilik-pemilik bisnes seperti pemilik restoran lebih mementingkan kualiti dan kebersihan bahan yang digunakan.
Walaupun demikian, dalam membincangkan isu halal, salah faham, yang diperkuatkan lagi dengan berita-berita palsu amat sukar untuk dielakkan. Malah, akibat daripada salah faham itu juga kredibiliti Jakim dalam menguruskan sijil halal juga pernah dipersoalkan suatu masa dahulu, contohnya sewaktu kita digemparkan dengan isu cokelat Cadbury yang dipercayai mengandungi DNA khinzir.
Walaupun demikian, dalam membincangkan isu halal, salah faham, yang diperkuatkan lagi dengan berita-berita palsu amat sukar untuk dielakkan. Malah, akibat daripada salah faham itu juga kredibiliti Jakim dalam menguruskan sijil halal juga pernah dipersoalkan suatu masa dahulu, contohnya sewaktu kita digemparkan dengan isu cokelat Cadbury yang dipercayai mengandungi DNA khinzir.
Baru-baru ini, isu berkenaan dengan status halal produk-produk FamilyMart mula muncul di media sosial seperti Facebook. Hal ini sebenarnya pernah dijawab oleh FamilyMart pada tahun lepas, tetapi mungkin ramai yang terlepas pandang.
01 FamilyMart Masih Dalam Proses Permohonan Halal
Pertama sekali, sehingga ke hari ini, 23 Januari 2019, FamilyMart masih lagi belum menjadi pemegang sijil halal Jakim, dan ini dengan mudah dapat diketahui melalui pencarian di Portal Halal Rasmi Malaysia. FamilyMart telah menjelaskan bahawa mereka masih di dalam proses permohonan untuk mendapatkan sijil halal, dan ini mungkin memakan masa bertahun seperti yang pernah dialami oleh Sushi King sebelum ini.
02 FamilyMart Menggunakan Bahan Yang Halal Untuk Makanan yang Dijual
-sumber Facebook-
FamilyMart juga ada menekankan bahawa mereka menggunakan bahan-bahan yang halal untuk makanan yang mereka jual. Malah mereka juga telah memastikan bahawa produk-produk import yang datang daripada luar seperti Jepun tidak mengandungi bahan yang haram. Kita boleh ambil Nasi Goreng yang kita masak di rumah sebagai contoh, bagaimana kita memastikan bahawa Nasi Goreng kita halal? Iaitu dengan memastikan bahannya halal. Jika Nasi Goreng kita dimasak dengan menggunakan beras, minyak, kicap dan bahan-bahan lain yang halal, walaupun Nasi Goreng yang kita masak tidak ada logo Halal, Nasi Goreng tu sebenarnya halal. Ini termasuklah nasi goreng yang dimasak oleh tukang masak di kedai-kedai dan warung-warung.
03 Jadi Pengguna yang Bijak dan Peka
Walaupun demikian, amatlah dinasihati untuk menjadi pengguna yang lebih bijak dan peka mengenai isu-isu seperti ini. Bagi produk-produk yang diimport dan tidak memiliki halal, kita haruslah melihat satu persatu bahan yang digunakan pada produk dan tidak hanya menerima kenyataan FamilyMart tersebut secara buta-buta. Bukan sahaja ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan kita tentang bahan-bahan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan, ia juga dapat memastikan kita lebih yakin dengan produk yang kita ambil. Ini tidak terhad hanya pada FamilyMart, tetapi juga untuk tempat-tempat lain seperti Jaya Grocer, Cold Storage dan sebagainya yang menjual produk daripada luar negara.
Penulis akan tetap mencuba makanan yang dijual di FamilyMart seperti Omurice, Onigiri, Sushi dan Oden. Walau bagaimanapun, penulis memilih untuk mengelakkan diri daripada mencuba produk-produk yang diimport dan tidak memiliki halal, sehinggalah FamilyMart sendiri menerima sijil halal daripada Jakim.
-sumber GIPHY-
Semoga post kali ini dapat membantu mereka yang was-was tentang produk yang ada di FamilyMart dan dapat terus menikmati oden dan bento yang dijual di FamilyMart.
Post a Comment