Misi Mencari Alat Pemotong Pil ataupun Tablet.
Dua minggu yang lalu, penulis telah diberitahu oleh doktor bahawa penulis menghidap suatu masalah yang memerlukan penulis untuk lebih teliti tentang pemakanan penulis. Sejak daripada hari itu juga, penulis telah mula mengambil dua jenis ubat pada setiap malam. Dan pengambilan ubat ini besar kemungkinan akan berterusan sehingga 6 bulan.
Kisahnya, satu daripada ubat yang penulis ambil itu penulis hanya perlu ambil separuh, dan selama dua minggu ini penulis dengan gigih memotong pil yang perlu diambil dengan menggunakan pisau. Awalnya, sewaktu kawan penulis menegur tentang kewujudan alat pemotong pil yang penulis sendiri tak pernah tahu, penulis fikir alat pemotong pil tu bukan satu keperluan.
Tetapi, apabila difikirkan semula, penulis rasa ada bagusnya juga kalau penulis ada alat pemotong pil tu, bukan sahaja akan memudahkan kerja penulis, malah potongannya juga lebih tepat. Pada hemat kawan penulis, katanya alat tu harganya murah sahaja, terutamanya jika dibeli secara online di Lazada.
Walaupun pembelian secara online lebih murah dan mudah, bagi barang-barang yang datang daripada china (yang jauh lebih murah), ianya memakan masa yang lebih lama. Jadi penulis bercadang untuk mencari sendiri di kedai-kedai berhampiran, manalah tahu kalau ada kan?
Jadi tempat pertama yang penulis pergi ialah Daiso kerana disana paling mahal pun harganya masih tidak melebihi RM6. Nasib tidak menyebelahi penulis, stok bagi 'tablet cutter' telah pun habis, jadi penulis pun mula mencari di kedai-kedai lain.
Penulis telah pergi ke Aeon Big dan Jaya Grocer, namun gagal menemui apa yang dicari. Penulis tahu kalau nak cari barang-barang yang berkaitan dengan ubat-ubatan, tempat yang terbaik haruslah farmasi, cuma penulis fikir di farmasi barangnya mungin lebih mahal, jadi penulis mula mencari di kedai-kedai lain terlebih dahulu.
Tetapi, disebabkan penulis telah gagal menemui alat pemotong pil di kedai-kedai lain, penulis pun akhirnya ke farmasi-farmasi seperti Guardian, Watsons dan Caring. Penulis fikir tidak mengapalah kalau tidak dapat jumpa yang lebih murah, RM10 pun penulis sanggup keluarkan, tetapi ternyata sangkaan penulis agak meleset.
Di Guardian, harga alat pemotong pil adalah sebanyak RM14, melangkaui jangkaan penulis. Jadi apa lagi, penulis pun terus ke destinasi seterusnya, Watsons.
Di Watsons pula, harganya menghampiri RM20. Wah, ni lebih mahal daripada di Guardian. Kalau perasan, pill cutter di Watsons serupa dengan pill cutter di gambar lazada tadi. Tak sangka lebih murah di Watsons berbanding Lazada.
Di farmasi Caring pula, RM19 (RM16 di Lazada). Akhirnya, penulis pulang tanpa membawa alat pemotong pil dan terus memotong pil menggunakan pisau 😆.
Kenapa ye? Kenapa farmasi tidak menjual alat memotong pil cap ayam? Memang patutlah alat memotong pil di Daiso habis. Bila penulis dah pulang ke kampus, baru penulis terfikir yang penulis masih belum ke kedai RM2.
Post a Comment