Versi Demo Pokemon Gold dan Silver Spaceworld 1997?

Masih ingat lagi permainan Pokémon Gold dan Silver yang pertama keluar pada tahun 1999? Tetapi mesti ramai yang tidak tahu bahawa ada versi demo Pokémon Gold dan Silver yang wujud pada tahun 1997 sewaktu acara Nintendo Space World. Versi demo ini telah tersebar di laman web pada 1 Jun 2018 dan telah menjadi perbualan hangat peminat-peminat Pokémon di seluruh dunia.

Apa yang menariknya tentang versi demo tahun 1997 ni ialah rekaan-rekaan Pokémon yang kita tidak pernah lihat sebelum ini. Cuba lihat foto di bawah dan agak-agak boleh tak kesan Pokémon mana yang lain daripada yang kita kenal?

Bagi peminat tegar francais Pokémon, mudah sahaja kan nak kesan perbezaan antara Pokémon dalam versi demo dengan Pokémon dalam versi akhir yang kita main hampir 19 tahun lepas?

Perbezaan yang ketara kita boleh lihat pada 'starter' Pokémon yang kita pilih pada awal permainan, hanya reka bentuk bagi Chikorita dan Meganium dikekalkan. Berikut pula nama bagi setiap Pokémon tersebut.

Pokemon Spaceworld 1997
Antara reka bentuk lain yang kita tidak pernah kenal ialah ketiga-tiga Pokémon lagenda Rai, En dan Sui (nama lainnya Raikou, Entei dan Suicune). Menarik bukan? Persoalannya sekarang, dimanakah Lugia yang menjadi ikon bagi Pokémon Silver?

Bagaimana agaknya kalau kesemua Pokémon tadi diterima ke versi akhir Pokémon Gold dan Silver? Mungkin kita akan terima, mungkin juga tidak kerana setiap reka bentuk ada peminatnya masing-masing. Berita ini telah mendapat reaksi pelbagai, ada yang mula keluarkan 'fanart' atau lukisan masing-masing tanda sokongan bagi reka bentuk Pokémon kegemaran mereka.

Bukan Pokémon sahaja yang berbeza dalam permainan Pokémon Gold dan Silver versi demo ini, malah peta bagi Johto juga berbeza.
Yang manakah reka bentuk Pokémon yang pembaca rasa sepatutnya dikekalkan? Sila komen di bawah ye.

Sumber: 
https://www.resetera.com/threads/the-space-world-1997-demo-for-pokemon-gold-has-leaked-online.45913/ https://www.reddit.com/r/pokemon/comments/8o4ndq/heres_the_1997_betaprototype_pokémon_typings/ 

Post a Comment

To Top