Tentang Raya, Kampung dan Sungai Bahagian 1

Bila fikir tentang hari raya, mesti kita fikir tentang solat raya, kuih raya, dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Tetapi janganlah pula kita hadkan aktiviti yang kita boleh lakukan waktu hari raya sekadar itu sahaja. Apa-apa sahaja aktiviti yang mengeratkan hubungan antara keluarga dan saudara boleh dilakukan waktu hari raya ni, main bola ke, badminton ke, melawat zoo ke. Jadi ambillah kesempatan pulang ke kampung pada hari raya atau apa-apa perayaan untuk merancang aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Tak ada lah asyik memandang telefon dan TV saja kan?

DSC_1636
Bila pulang ke kampung untuk perayaan; bagi yang kampungnya jauh, pertama sekali yang ada dalam kepala mesti tentang persediaan menghadapi kesesakan jalan raya. Pastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik, dan yang paling penting sediakan makanan yang ringan sebagai kudap-kudapan seperti kacang, roti dan biskut. Disini ada sedikit perkongsian tentang penghawa dingin kereta. Kereta yang dinaiki penulis baru sahaja diservis penghawa dinginnya, malangnya pada hari pulang ke kampung, penghawa dingin tak berfungsi dengan baik. Penghawa dingin akan berfungsi untuk suatu masa yang pendek, dan tiba-tiba akan terdengar bunyi hentakan pada bahagian depan kereta, dalam masa yang sama penghawa dingin akan berhenti berfungsi dengan baik, dan angin yang keluar akan menjadi tidak sejuk.

DSC_1637
Kalau kereta bergerak laju, boleh je nak bergantung pada angin. Tetapi kalau jem? Memang tak tahan, jadi kami pun terpaksa pergi cari kedai servis penghawa dingin kereta. Kalau ada pembaca yang menghadapi masalah yang sama, boleh cuba cek tekanan gas penghawa dingin (aircond), mungkin mekanik yang servis penghawa dingin kita terisi lebih gas. Penghawa dingin kereta telah kembali berfungsi seperti biasa apabila seorang mekanik penghawa dingin di Nibong Tebal memeriksa tekanan dan mengeluarkan sedikit gas penghawa dingin.

DSC_1642
Bayaran? Tiada bayaran, sebab mekanik tu kata dia tak ada buat apa-apa pun, cuma keluarkan gas, tetapi ayah penulis bagi jugalah sejumlah wang atas sebab kemahiran dan pengetahuan dia. Jadi kepada siapa-siapa yang mengalami masalah penghawa dingin kereta sewaktu memandu dan ada melalui kawasan Nibong Tebal bolehlah singgah di bengkel seperti di gambar.

Selepas semuanya selesai, barulah selesa untuk sambung perjalanan pulang ke kampung.

Bersambung di bahagian 2

Post a Comment

To Top