Pedas Sangat ke Mi Samyang Nuclear 2x Spicy Hot ni?
Semalam mak penulis ada masak Kue Teow Sup dianggarkan untuk 50 orang kawan adik yang hendak datang beraya, jadi ada banyak yang lebih, kiranya 2 hari dah penulis makan Kue Teow Sup ni.
Kue Teow Sup Hari Sebelum
Bila fikir tentang nasi, rasa berat pula kalau dah tengah malam. Tiba-tiba tertengok pula bungkusan Mi Samyang atas peti ais, jadi penulis pun dah tahu dah nak makan apa.
Penulis tahu penulis agak lewat nak lompat masuk ke trend ni, kalau ikutkan produk ni dah keluar sejak tahun lepas lagi. tapi penulis baru dapat cuba sebelum raya baru ni. Tak salah pun kan kalau penulis nak cerita? Daripada tak ada tulis apa-apa dalam ni.
Pedas pun pedaslah, dah tak tahu nak makan apa, perut pulak lapar, cuma berharap esok pagi tak habiskan masa keluar masuk toilet. Kalau nak buat mi Samyang ni, bagi orang yang belum pernah cuba lagi, kena guna dapur, tak boleh buat macam Maggi 3 Minit letak air panas je. Berbanding mi segera macam Maggi dan Mi Sedaap, mi Samyang ni jauh lebih tebal dan kenyal.
Dalam 1 bungkusan mi Samyang ada 5 pek mi segera, dalam setiap satu akan diberikan seasoning dan garnishing. Seasoning mi Samyang ni yang buatkan mi tu pedas, jadi pastikan letak semua kalau nak betul-betul pedas. Untuk garnishing pula dari pemerhatian penulis ada bijan dan rumpai laut, yang ni kalau tak nak letak pun tak apa.
Jadi macam mana? Pedas ke tak pedas? Penulis dah pernah cuba Mi Samyang yang lama, yang keju pun penulis dah pernah rasa, Maggi Pedas Giler Tomyam, Ayam Bakar, Seafood semua penulis pernah cuba jugak. Kalau penulis bandingkan semua tu dengan Mi Samyang Nuclear ni, yang ni tahap pedas dia memang lagi gila, tapi dari segi rasa Penulis lebih suka Maggi Pedas Giler. Penulis cuba cabar diri supaya tak minum air, tapi kecundang jugak bila dah habiskan separuh. Berpeluh, pedih bibir, batuk-batuk, tersedu, memang tersiksa rasa.
Penulis dengar ada yang 4x pedas, betul ke? Kalau ada penulis nak cuba nanti.
Post a Comment