Hari Pilihan Raya Umum PRU 14
Hari ini merupakan hari dimana rakyat Malaysia akan mengundi untuk memilih parti yang akan memimpin negara untuk 5 tahun sebelum pilihan raya yang seterusnya. Rakyat Malaysia telah mula berkumpul di pusat undian masing-masing seperti yang telah ditetapkan seawal 8 pagi dan kita juga dapat lihat ada yang berdiri sehingga 2 jam demi menunggu giliran untuk mengundi.
Penulis sendiri bersama-sama rakan telah tiba di pusat mengundi seawal 8:10 pagi untuk mengelakkan diri daripada cuaca yang lebih panas. Pada hari ini kita dapat lihat wajah-wajah manusia yang cuba untuk membuat keputusan yang terbaik, baik yang muda ataupun tua masing-masing ada sesuatu yang hendak disampaikan melalui undi masing-masing.
Apa yang membanggakan penulis hari ini adalah sikap yang telah ditunjukkan rakyat Malaysia di pusat mengundi yang telah dihadiri sendiri oleh penulis. Sikap yang baik pada hari mengundi adalah suatu perkara yang layak dipuji, bukan sahaja ini menunjukkan bahawa seorang pengundi itu bukanlah hamba kepada parti pilihan masing-masing dan masih dapat bertindak menggunakan akal, ini juga menunjukkan kematangan seorang pengundi.
Undi kita bukan untuk parti, tetapi undi kita untuk Malaysia.
Apabila kita telah selesai mengundi, sama-samalah kita berharap yang terbaik buat negara Malaysia yang tercinta. Apa pun keputusan pilihan raya kali ini, sama-samalah kita terus berikan yang terbaik buat negara.
Post a Comment