Masalah Printer Canon PIXMA MP258



Untuk versi bahasa inggeris, tekan.

Assalamu'alaikum adik-adik semua, adik-adik mesti teruja melihat gambar printer PIXMA MP258 yang abang terterakan di atas, betul tak? 

Haaa, kalau nak tahu, itulah printer yang abang guna sekarang ni. Sebenarnya printer abang ni dah lama rosak, seingat abang lah, tetapi baru-baru ni abang rasa macam nak cuba la hidupkan balik printer ni, abang tahu bukan kerja abang menghidupkan atau mematikan ni, tapi dari segi bayannya memang abang hidupkan printer ni dengan maksud abang baiki dan turnkan printer ni on.
Printer ni apabila bermasalah akan berikan isyarat kod bercahaya hijau seperti yang ditunjukkan dalam gambar disebelah. Contoh kod seperti E05, dia akan datang seperti E *kelip* 0 *kelip* 5. Masalah yang berbeza akan memberikan kod yang berbeza.
Jadi ini bermakna bagi setiap masalah, akan ada kod yang berbeza dan penyelesaian yang berbeza. Antara kod yang menimpa abang seperti E05 dan P02. Dulu abang tak perasan pun kod ni, sebab bukan abang nak guna sangat pun printer abang ni, dah masuk UIA dah masa tu kan, lantakla apa nak jadi pun pada printer tu, tapi tiba-tiba bila nak kene guna, barula serabut kepala nak repair, baru lah perasan kod tu.

Bagi sesiapa yang nak tahu apa maksud disebalik setiap kod tu, boleh la layari blog kawan kita. Maaflah sebab berbahasa inggeris, abang anggap adik-adik semua sepatutnya dh pandai untuk baca dan faham bahasa inggeris kay. Budak sekolah rendah pun dah boleh faham bahasa inggeris kay. Tekanlah link yang abang sertakan berwaran merah bawah ni.

Douku
PcMedik

Untuk error yang keluar pada kaca skrin computer sila layari blog serviceprinter, contoh error yang dipaparkan di screen.


Adik translate lah sendiri, kalau abang ada masa, dan abang rajin nanti abang akan translate kan. Akan tetapi, buat masa ni abang boleh ajar kepada adik-adik semua macam mana hendak selesaikan tiga jenis error, seperti E04, E05 dan P02. Memandangkan P02 paling mudah, kita mulakan dengan P02.

Error P02 ni terjadi bila ada benda menghalang laluan cartridge, mcm getah, mainan, atau apa2 yg sehalus boleh mengganggu laluan cartridge. Sebabnya kalau ada benda yang halang laluan cartridge, kemungkinan besar cartridge tu akan berhenti sekerat jalan dan berhenti di tengah-tengah laluan, dan ini tidak mustahil :O

Cara Menyelesaikan Masalah P02

Antara caranya ialah, dengan
  1. Membuka printer
  2. Semak laluan cartridge, samada ada barang yang tersangkut dan menghalang laluan cartridge atau tidak.
  3. Kalau ada, sila keluarkan daripada printer adik-adik, dan tolak cartridge ke bahagian kanan, sampai hujung ye.
  4. Kemudian tutup printer
  5. Turnkan on.
Dengan izin Allah swt, printer tu akan kembali seperti biasa. Kalau tidak, mungkin ada masalah dengan encoder strip cable, yang abang sendiri pun tak tahu amende la tu.


Cara Menyelesaikan Masalah E04

  1. Cabut cartridge
  2. Pasang semula

Kalau tidak menjadi, kemungkinan besar error akan berpindah daripada E04 kepada E05, dan ini kerap berlaku pada abang, masa abang cuba repair printer tu. Kemungkinan boleh menyelesaikan masalah E04 dengan menggunakan cara penyelesaian E05.


Cara Menyelesaikan Masalah E05

  1. Bukak penutup printer
  2. Pastikan cartridge berpindah ketengah bahagian printer
  3. Bukak penutup rumah cartridge dan cabut cartridge
  4. Biarkan penutup terbuka, kemudian off kan printer
  5. Dalam keadaan ini, cartridge akan bergerak ke kanan, dan penutup akan langgar printer, kemudian berpindah ke tengah balik
  6. Pasang semula cartridge, tutup penutup rumah cartridge
  7. Tutup penutup printer
  8. On kan printer

Cara ni berhasil, abang dah buat dua kali, error E05 akan hilang, dan apabila kita cuba mencetak sehelai nota menggunakan printer ini, computer akan menunjukkan amaran bahawa cartridge kita baru ditukar.

SELAMAT MENCUBA
To Top