Pengalaman Menjamah Hidangan Hotel Bertaraf 4-Bintang Swiss-Belhotel Kuantan

Pavlova bersama buah dan pai keju
Antara tarikan apabila bermalam di hotel, selain daripada bantal dan tilamnya yang empuk dan bilik mandinya yang bersih; ialah makanannya. Selalunya, kalau bermalam di hotel mesti disekalikan sekali dengan sarapan pagi.

Bergantung pada status hotel, sarapan paginya mungkin terhad kepada beberapa menu seperti nasi lemak dan roti bakar, ataupun pelbagai seperti di A'Famosa Resort penulis pergi sebelum ni.

Makan Tengah Hari di Hotel?

Hidangan buffet di swiss cafe
Cumanya, jarang-jarang kita dapat makan di hotel luar daripada waktu sarapan. Harga makanan di hotel bukannya murah, kalau tak ikut acara yang diadakan di hotel, memang tak merasalah — itupun kadang-kadang keluar modal juga.

Contohnya persidangan akademik yang penulis turut serta baru-baru ni di Swiss-Belhotel Kuantan. Sepanjang tiga hari acara diadakan, macam-macam jenis makanan penulis dapat rasa.

Secawan latte ketika coffee break
Untuk "coffee break" pada waktu pagi dan petang, mereka sediakan menu seperti bihun goreng, mi goreng, nasi goreng cina, laksa, dan mi kari. Ada juga menu sampingan seperti piza mini, samosa, sosej, kek, dan sandwich.

Nasi putih bersama ayam masak merah dan daging tetel
Pada waktu makan tengah hari pula, nasi putih bersama lauk seperti ayam masak lemak, asam pedas ikan tenggiri, gulai daging tetel, ayam masak merah, daging masak lada hitam, dan ayam masak kicap.

Kerabu ikan bilis
Sebagai lauk sampingan, antara yang penulis ingat; ada tauhu telur, kerabu udang, kerabu ikan bilis, sambal belacan, dan sambal tempoyak. Pencuci mulut pula antaranya pai, kek, dan pavlova.

Hi-Tea atau Makan Malam?

Popia sayur goreng
Untuk persidangan ni, ada juga "hi-tea". Namanya hi tea, tapi penulis rasa macam makan malam walaupun waktunya antara pukul 5 dan 7. Lagipun, air yang disediakan atas meja bukannya teh tapi air anggur kordial.

Menu utama hi-tea di Swiss-Belhotel Kuantan
Menu hi tea ni pun bukan calang-calang, untuk menu utama ada nasi goreng kampung, yee mee goreng, filet ikan, ayam goreng, dan popia sayur. Menu lain pula macam churros, puding karamel, kek, tauhu sumbat, dan rojak buah.

Nasi dan yee mee goreng
Ada banyak lagi menu yang penulis tak ingat, semua menu yang penulis sebut untuk "coffee break" dan makan tengah hari tadi berbeza mengikut hari, jadi takdelah bosan makan lauk yang sama setiap hari.

Semangkuk nasi goreng cina bersama sandwich
Daripada kesemua menu tadi, antara yang penulis paling suka ialah nasi goreng cina, mi kari, daging lada hitam, ayam masak merah, kek keju, dan pavlova. Secara umumnya, kesemua makanan yang penulis makan di Swiss-Belhotel Kuantan sepanjang persidangan memang sedap.

Bermula RM180 Satu Malam

Orang mencari sesuatu di Pantai Sepat
Cuma, penulis tak berkesempatan nak cuba nasi lemak atau nasi minyak. Sebab penulis tak bermalam di Swiss-Belhotel, jadi tak dapatlah bersarapan di sini. Harga bilik di Swiss-Belhotel Kuantan bermula daripada RM180 satu malam.

Pemandangan laut ketika air surut dari Swiss-Belhotel Kuantan
Hotel bertaraf 4-bintang ni terletak bersebelahan dengan laut di Tanjung Lumpur, cuma 300 meter dari restoran Ana Ikan Bakar Petai, dan 4 kilometer dari bandar Kuantan — boleh nampak menara Kuantan 188 dari sini. Ruang parkir bertingkat juga disediakan.

Bukan sekadar tempat bermalam, Swiss-Belhotel Kuantan sesuai untuk aktiviti MICE seperti mesyuarat, kursus, dan persidangan. Makanan sedap, internet pun laju, boleh ke sini untuk tempahan tempat acara.


Kalau sekadar nak bermalam untuk percutian ke Kuantan nanti, boleh buat tempahan secara dalam talian melalui booking.com ataupun klook.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top