Minuman dari Life Story Malaysia ini Setanding Jenama Besar Lain

Segelas minuman Life Story
Bercerita tentang gerai atau kiosk air, Coolblog, Chatime, dan Gong Cha boleh dikatakan, seingat penulislah; antara jenama yang terawal dan terkenal di Malaysia sebelum wujudnya Tealive.

Sejak daripada tu, lebih-lebih lagi selepas teh boba menjadi trending; adalah beberapa jenama baru yang muncul seperti Wakaka, Daboba, Xing Fu Tang, Chizu, dan yang terbaharu Life Story.

Life Story Malaysia

Kiosk Life Story di Salor
Penulis percaya ramai yang masih belum kenal Life Story, sebab kesemua lapan kiosk Life Story hanya ada di negeri Kelantan. Lagipun, jenama Life Story memang bermula di kelantan pada tahun 2021.

Buat masa ni, minuman Life Story cuma boleh didapati di cawangan Kok Lanas, Mulong, KB Mall, Pintu Geng, Maahad Cafe Kota Bharu, Demit, Kuala Krai, dan RnR Kuala Krai.

Susu barista yang tersusun di kaunter kiosk Life Story
Penulis tak pasti cawangan Life Story yang penulis pergi di lebuhraya Salor masih buka atau tak, tapi gerai outdoornya yang diperbuat daripada kontena memang menarik sebab ada ruang lepak di sebelah atas.

Harga Bermula RM6.50

Kaunter kiosk Life Story
Harga minuman di Life Story bermula daripada RM6.50, ada pilihan antara kopi, teh, coklat, sparkling, dan smoothies. Antara minuman signature di sini ialah Story Macchiato, Choco Nutella, dan Horlick Milk Tea.

Terus terang penulis tak ingat apa yang penulis cuba, yang pasti cuma satu minuman kopi dan satu coklat. Penulis ke Story Life waktu bercuti di Kelantan, makan Lokching di Rantau Panjang; sebelum ni.

Secawan kopi dan dan secawan coklat
Boleh juga add on bahan seperti boba, whipped cream, oreo, dan cip coklat pada harga serendah RM1. Boleh tambah whipped cream pada kopi atau coklat untuk rasa yang lebih berlemak.

Kedua-dua minuman yang penulis cuba adalah jenis ais kisar, atau ice blended; seperti frappucino di Starbucks. Rasanya tak menjadi tawar walaupun dah cair, tak macam minuman berais.

Setanding Jenama Lain

Secawan minuman berlemak yang digenggam erat
Minuman yang penulis cuba mempunyai karamel atau coklat yang dilalukan pada dinding cawan untuk rasa yang lebih manis. Bagi penulis, rasa, kualiti, dan branding minuman Life Story setanding jenama lain seperti Tealive dan Coolblog.

Harganya murah, tak rugi pun cuba kalau ke Kelantan lepas ni. Bare baik ni boh, tak dapat di negeri lain sekarang ni. Nak lagi baik, gandingkan dengan burger gourmet dari Handful Burger di cawangan Pintu Geng, Kota Bharu.

Secawan minuman coklat bersama whipped cream
Kiosk Life Story dibuka setiap hari bermula 11 pagi sehingga 10 malam, semak Google Maps untuk waktu operasi yang lebih tepat. Boleh ke laman Facebook Life Story Malaysia untuk maklumat yang terkini.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top