Burger Istanbul Bersama Lada Panggang di Mizukicakes Cafe

Burger di Mizukicakes Cafe
Bukan mudah hendak kekal dalam industri F&B apabila makin ramai dah mula menceburi perniagaan yang sama. Untuk berada di hadapan, peniaga perlu lebih kreatif dan inovatif terhadap menu yang diperkenalkan.

Pengusaha restoran selalunya akan cuba bawakan kepelbagaian atau kelainan bukan sahaja pada menu, tetapi servis juga untuk kekal relevan dan bersaing dengan restoran-restoran lain.

Mizukicakes Cafe, Eco Grandeur

Mizukicakes
Contohnya seperti kafe bakeri yang penulis pergi di Eco Grandeur, Puncak Alam. Mizukicakes ialah sebuah bakeri dan juga kafe yang menjual bukan sahaja kek dan pastri, tetapi menu lain juga seperti burger dan pasta.


Alamat: 48-2, Jln Eco Grandeur 1/8A, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor
Waktu: Rabu - Isnin (12:30PM - 9:30PM)

Sebagai sebuah bakeri, Mizukicakes menyediakan kek dan pastri dengan reka bentuk yang menarik dan comel. Penulis pernah makan donat strawberi, kek keju strawberi, dan pai, memang sedap.

@mizukicakes_ Makanan semua sedapp tauu korang kena try!! Especially our desserts 🤤❤️. #puncakalam ♬ people who used this sound are cute - HAFEERA EXCLUSIVE

Cuma, penulis bukanlah penggemar makanan manis. Jadi, penulis lebih tertarik dengan burger yang ada di sini, salah satunya ialah burger Istanbul yang penulis cuba baru-baru ni.

Burger Istanbul Mizukicakes

Burger Istanbul bersama lada panggang
Tak sangka penulis dapat makan burger yang sedap dari sebuah kedai kek. Roti bun di Mizukicakes adalah homemade, sedikit manis, dan lembut walaupun nampak tebal — tak pasti brioche atau bukan.

Kepingan dagingnya tebal, lembut, dan berjus, makan sebiji pun dah kenyang. Patty dagingnya pun homemade, menggunakan daging yang diimport dari Australia dan New Zealand.

Dua keping lada panggang pada burger istanbul
Keistimewaan dan kelainan yang ada pada burger Istanbul Mizukicakes ialah lada hijau panggang, seperti yang digunakan pada doner kebab di Turkiye; yang menjadikan rasa burgernya sedikit smokey.

Lada yang digunakan tak pedas, dan sosnya yang diperbuat daripada yogurt memberikan sedikit rasa masam seakan-akan sour cream. Bahan-bahan lain digunakan ialah keju cheddar, salad, bawang, dan tomato.

Burger bersama kentang goreng dan cili mayo
Satu set burger Istanbul berharga RM24, dihidang bersama kentang goreng yang ditaburkan kepingan pasli kering dan sos pencecah cili mayo. Untuk burger yang lebih simple boleh cuba Mizuki's Beef Burger.

Kek Bermula RM36

Kek ready-made di kafe Mizukicakes
Kalau korang berminat dengan kek, boleh dapatkan pada harga bermula RM36 untuk kek bento bersaiz 4 inci. Selain kek bento ada juga kek bersaiz 6 dan 8 inci masing-masing bermula pada harga RM80 dan RM95.

Buat masa ni, cuma ada kek berperisa vanila. Lebih penekanan diberikan kepada reka bentuk dan corak kek, boleh tambah glitter dan cherry sebagai hiasan untuk nampakkan kek lebih mewah.

SPECIAL GLITTER CHERRY CAKES 🍒✨️💕

Posted by Mizukicakes Puncak Alam on Tuesday, April 4, 2023

Lain kali korang terfikir nak cari kek dengan reka bentuk yang minimalist ala kek korea, lebih peribadi, atau vintage boleh cuba ke Mizukicakes di Eco Grandeur, Puncak Alam.

Ruang makan luas, memang selesa untuk datang beramai-ramai sambut hari jadi bersama keluarga atau kawan. Walaupun kafe terletak di tingkat 2, ada lif disediakan.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh ke laman Instagram atau Tiktok Mizukicakes. Kafe dibuka setiap hari kecuali Selasa.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top