Pumpkin Spice Latte Kembali Ke Starbucks Atas Permintaan Peminat

Pumpkin Spice Latte Starbucks
Sebut je nama Starbucks, pasti ramai yang kenal. Kedai kopi dari negara Uncle Sam ni telah ditubuhkan pada 1971, dan mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 1998. Bermula dengan cawangan pertamanya di KL Plaza, kini Starbuck mempunyai 320 cawangan di seluruh Malaysia.

Walaupun Starbucks terkenal dengan kopinya seperti frappuccino dan caramel macchiato, di sini juga kita boleh dapatkan teh, minuman coklat, dan makanan seperti sandwich, kek, dan donut.

Pumpkin Spice Series

Cawan kopi Starbucks
Selang beberapa bulan juga Starbucks akan memperkenalkan menu-menu bermusim seperti Confetti Cookie Frappucino, Tropical Triple Citrus, dan yang paling terbaharu ialah Pumpkin Spice Latte.

Boleh dikatakan Pumpkin Spice Latte adalah antara menu yang ditunggu-tunggu peminat Starbucks. Starbucks juga turut memperkenalkan Pumpkin Spice Cream Cold Brew dan Pumpkin Spice Nitro Cold Brew.

Kopi, Labu & Rempah

Kaunter gula di Starbucks
Bagi kita yang tinggal di Nusantara ni, mungkin kedengaran janggal apabila minuman disekalikan dengan labu (pumpkin) dan rempah (spice). Tetapi minuman seperti ini, antaranya Pumpkin Spice Latte; mendapat sambutan yang amat menggalakkan di barat khususnya Amerika Syarikat.

Rasanya masih belum terlambat untuk penulis cuba Pumpkin Spice Latte di Starbucks. Secara asasnya, ia segelas latte yang ditambahkan 'pumpkin spice syrup', dihidang bersama krim putar yang ditaburkan ke atasnya 'pumpkin pie spice'.

Harga Hot Pumpkin Spice Latte

Harga secawan Pumpkin Spice Latte panas bersaiz venti seperti yang penulis minum ni ialah RM21.75 selepas dikenakan 6% cukai perkhidmatan. Tepuk dada tanya selera, ni bukan minuman yang kita boleh minum setiap hari.

Rasa Labu Daripada Pumpkin Puree

Pumpkin Spice Latte daripada atas
Pumpkin Spice Latte mempunyai rasa yang unik. Ia mempunyai rasa labu yang halus, tidaklah sehingga menghilangkan rasa latte. Paling menarik ialah whipped cream yang ditaburkan 'pumpkin pie spice'.

Untuk pengetahuan, 'pumpkin pie spice' ini merupakan gabungan beberapa rempah seperti kulit kayu manis (cinnamon), halia (ginger), biji buah pala (nutmeg) dan cengkih (clove). Dikenali sebagai 'pumpkin spice' kerana campuran rempah ini selalunya dipakai dalam masakan pai labu.

Bau Pumpkin Spice Latte yang wangi amat menaikkan selera. Rasanya sedap dan unik! Boleh juga dikatakan 'refreshing' disebabkan oleh campuran rempah-ratus. Boleh bagi markah 9.5/10, tak sabar nak repeat order.

Pernah Habis Terjual Dalam Masa 48 Jam

Pumpkin Spice ice dan frappuccino
Tak peliklah kenapa minuman ni boleh menjadi trending di barat sejak musim luruh tahun 2003. Sewaktu Pumpkin Spice Latte diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2019 pula, ia habis terjual hanya dalam masa 48 jam.

Boleh juga dapatkan minuman 'pumpkin spice series' dalam keadaan sejuk atau sebagai frappucino. Kalau nak buat sendiri, boleh gunakan resepi Pumpkin Spice Latte dari Starbucks.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top