Nasi Kandar D'Cenerai dari Daerah Baling/Kupang, Kedah ini Boleh Menandingi Nasi Kandar Pulau Pinang

Nasi Kandar Perut Kambing
Perjalanan dari Pulau Pinang ke Kelantan melalui jalan Baling-Gerik dan Lebuhraya Timur Barat mengambil masa lebih kurang 6 jam. Dengan lori balaknya lagi, memang mencabar dan agak memenatkan.

Jadi ada baiknya kalau kita berhenti makan terlebih dahulu sebelum sampai ke Lebuhraya Timur Barat. Tambah pula, Kampung Chenerai di daerah Baling ada sebuah restoran nasi kandar yang sedap.

Nasi Kandar D'Cenerai

Restoran Nasi Kandar D'Cenerai
Restoran Nasi Kandar D'Cenerai menyediakan nasi kandar melayu pada harga yang berpatutan, dan pada pendapat penulis; berupaya menandingi nasi kandar di Pulau Pinang.

Antara pilihan lauk utama di sini ialah ayam madu, kari ayam kampung, kari daging cincang, kari ikan, dan kurma kambing. Ada juga makanan laut seperti udang, sotong, dan telur sotong.

Lauk di Nasi Kandar D'Cenerai
Sedap betul nampak lauk di sebalik kaca. Likat, pecah minyak, dan dimasak dengan elok — bukan nasi kandarlah kalau gulai atau kuahnya ceroi. Ada juga perut kambing, kerang, dan limpa untuk pengalaman nasi kandar yang sedikit berbeza.

Nasi Kandar Ayam dan Kubis

Nasi Kandar Ayam di Nasi Kandar D'Cenerai
Penulis macam biasa akan pesan nasi putih bersama ayam goreng bahagian peha dan sayur kubis. Kuah pula mesti campur dan cukup banyak untuk basahkan setiap butir nasi selepas digaul.

Nasi Briyani Pun Ada

Nasi Briyani di Nasi Kandar D'Cenerai
Kalau nak tukar selera makan nasi briyani sebab dah selalu sangat makan nasi putih, cuma perlu tambah RM2.50. Untuk satu set nasi briyani bersama acar timun dan ayam kampung dipotong suku, harganya antara RM13 ke RM15.

Kalau makan dengan seketul kurma kambing cuma dalam RM10 ke RM12. Lebih murah kalau makan dengan seketul ayam madu.

Harga Yang Berpatutan

Menu dan Harga di Nasi Kandar D'Cenerai
Harga di sini juga agak berpatutan. Harga nasi kandar bersama ayam goreng dan sayur kubis yang penulis makan cumalah RM6.50. Untuk saiz ayam yang lebih kecil mungkin cuma RM6.

Harga untuk makanan laut seperti sotong telur sotong, udang, ketam, dan telur ikan pula bergantung pada saiz. Boleh tengok gambar di atas untuk harga lauk yang lain.

Gulai di Nasi Kandar D'Cenerai
Memang banyak pilian lauk, dan kesemuanya dijual pada harga yang berpatutan. Kalau datang satu keluarga boleh la pesan lauk yang berlainan untuk cuba setiap satu. Lain kali datang dah tahu mana satu lauk kegemaran.

Sedap dan Confirm Repeat

Pelanggan di hadapan Nasi Kandar D'Cenerai
Mungkin agak terkenal di kalangan penduduk sekitar Kupang dan Baling, tapi ni pertama kali penulis, sebagai orang luar; dengar dan cuba nasi kandar di Nasi Kandar D'Cenerai.

Berbeza dengan kebanyakan nasi kandar kedah yang penulis kenal di Selangor seperti di Nasi Lan Kedah, Nasi Kandar Melayu Apollo dan Nasi Kalut Jitra Mai, nasi di Nasi Kandar D'Cenerai berwarna putih — bukannya kuning.


Penulis syorkan korang singgah dan cuba nasi kandar di sini, lagipun agak lama, dalam 2 jam; sebelum sampai di R&R Titiwangsa dari sini. Restoran Nasi Kandar D'Cenerai dibuka setiap hari kecuali Isnin bermula 7 pagi sehingga 11 malam.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top