Pekena Hazelnut Latte, Strawberry Smoothie, dan Pandan Layer Cake di Kafe Gelora Coffee & Tea (CLOSED)

Kek lapis pandan dan strawberry smoothie
Walaupun aktiviti mengopi di Malaysia sudah lama, baru kebelakangan ni penulis dengar tentang "coffee culture". "Coffee culture" memberi penekanan kepada fungsi kopi sebagai "social lubricant" atau pelincir sosial.

Kita juga boleh lihat semakin banyak kedai tempatan berupa kafe mula dibuka, banyaknya mengambil inspirasi daripada "coffee culture" yang diperlihatkan oleh kafe seperti Starbucks, The Coffee Bean & Tea Leaf, dan DOME.

Persekitaran yang kondusif, rekaan dalaman yang menyejukkan mata memandang, suasana yang tidak sibuk, sangat sesuai sebagai tempat bersosial, belajar secara berkumpulan, atau mengadakan perbincangan.

Kafe Gelora Coffee & Tea

Kafe Gelora Coffee & Tea
Samalah seperti di Kafe Gelora Coffee & Tea yang baru saja dibuka di Taman Oren Hartamas, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kafe ni mempersembahkan rekaan dalaman yang bermotifkan lukisan.

Dari lantai ke perabut, ke gambar-gambar di dinding semuanya dicorakkan seperti sebuah lukisan dengan outline hitam. Masuk ke kafe Gelora Coffee & Tea rasa seperti masuk ke dunia komik.

Hazelnut Latte & Strawberry Smoothie

Di sini ada pelbagai pilihan minuman. Dari menu klasik seperti teh dan kopi, kepada frappe dan smoothie. Untuk minuman penulis cuba hazelnut latte panas dan strawberry smoothie.

Penulis bukanlah "coffee connoisseur", jadi penulis tak tau sebenarnya apa yang jadikan hazelnut latte "hazelnut latte". Adakah sebab gunakan susu hazelnut? Atau serbuk hazelnut? Atau sirap hazelnut?

Hazelnut latte di kafe Gelora tidak manis, cuma ada sedikit bayangan rasa kacang hazel yang "subtle". Permukaannya berbuih dan rasanya dipersembahkan dengan latte art.

Cuma latte art pada hazelnut latte penulis dah rosak sebab penulis goyangkan cawan. Cawannya datang bersama penutup, jadi penulis tak tahu dalam tu macam mana asalnya.

Berbanding hazelnut latte, strawberry smoothie nampak lebih istimewa. Yang penting rasanya tak terlalu manis atau masam, dalam masa yang sama masih kekalkan rasa strawberi.

Bahagian atas strawberry smoothie dihiasi whipped cream dan sirap berperisa strawberi. Rasa susunya sangat menonjol, jadi minuman ni lebih berlemak berbanding ice blended.

Nampak seperti milkshake, tetapi berbeza. Milkshake menggunakan ice cream, smoothie pula menggunakan susu.

Pandan Layer Cake & Tunamayo Croissant

Kek lapis pandan di Kafe Gelora Coffee & Tea
Makanan pun ada di kafe Gelora Coffee & Tea. Antara makanan yang ada di sini ialah lasagna, spaghetti, croissant, dan kek. Teringin lasagna, tapi dah habis. Jadi kita pesan pandan layer cake dan tunamayo croissant.

Pandan layer cake sudah tentulah rasa pandan. Rasanya berlemak, dan bahagian tepinya pula dihiasi kelapa parut kering. Di bahagian atas pula ada sejemput dua aising bersama daun pandan.

Dipiringnya pula ada serbuk matcha sebagai perhiasan. Bagus juga, sebab rasa pahit pada serbuk matcha boleh digunakan untuk potong sedikit rasa muak apabila makan makanan yang manis.

Tunamayo croissant di Kafe Gelora Coffee & Tea
Tunamayo croissantnya pula bersaiz besar, inti tuna yang digunakan pun banyak, kemudian dilengkapkan dengan kepingan keju, salad dan sayuran seperti tomato dan timun.

Boleh rasa mentega pada roti croissant. Rotinya juga lembut dan "airy", jadi croissant yang digunakan tak menghalang kita daripada menikmati rasa bahan-bahan yang ada.

Harga Menu di Kafe Gelora Coffee & Tea

Untuk makanan dan minuman yang penulis pesan tadi harganya seperti berikut:
Menu Harga
Hazelnut Latte (Hot) 8.90
Strawberry Smoothie 10.90
Pandan Layer Cake 12.90
Tunamayo Croissant 9.90

Suasana Terang, Selesa, dan Tempat Khas untuk Single

Rekaan interior Kafe Gelora Coffee & Tea
Rekaan dalaman seakan-akan komik menjadikan ruangnya agak cerah. Keadaan pendingin hawa yang baik menjadikan kita selesa untuk berada lama di sini. Wifi pun ada.

Tempat duduk untuk single atau mereka yang datang berseorang juga disediakan. Di tempat duduk single juga disediakan plug, bolehlah siapkan tugasan atau kerja di sini.


Secara keseluruhan penulis boleh rekomen tempat ni. Cuma bagi penulis harganya lebih cenderung ke kategori yang boleh dikatakan mahal juga lah, tak berbaloi kalau bungkus, mesti kena lepak lama sikit.

Secara total, harga kesemua yang penulis cuba tadi adalah dalam RM42. Apa-apa pun, konsep rekaan dalamannya yang bermotifkan lukisan 2D ala komik sangat menarik.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top