Spoiler Alert! Hebat Sangat ke Filem Spider-Man: No Way Home?

SPOILER ALERT! Sebagai seorang milenial yang membesar dengan trilogi Spider-Man 1,2, dan 3 arahan Sam Raimi, agak susah untuk pisahkan imej Tobey Maguire daripada karakter Peter Parker ataupun Spider-man.

Walaupun Spider-man juga telah dilakonkan oleh Andrew Garfield dan Tom Holland, imej Tobey Maguire masih kekal terjentik dalam fikiran penulis apabila membaca atau mendengar nama Peter Parker.

Tobey Maguire, Andrew Garfield, atau Tom Holland?

Di internet, masing-masing berdebat tentang siapa yang lebih hampir dan tepat melakonkan watak Peter Parker atau Spider-Man. Ada yang berpendapat Tom Holland lebih tepat melakonkan Peter Parker, manakala Andrew Garfield pula lebih tepat melakonkan watak Spider-Man.

Ada juga sumber yang menyatakan bahawa Stan Lee, sebuah nama besar dalam Marvel Comics; memuji lakonan Tom Holland sebagai Spider-Man.

Namun, penulis tak faham kenapa alasan-alasan yang diberikan menjadikan Tom Holland dan Andrew Garfield lebih tepat dalam melakonkan Peter Parker dan Spider-Man, sebab penulis bukan pengikut komik Marvel Spider-Man.

Jadi, Spider-Man pertama yang penulis kenal ialah Spider-Man yang dilakonkan oleh Tobey Maguire. Spider-Man yang penulis kenal ialah Spider-Man yang boleh keluarkan sesawang tanpa sebarang alat.

Bahkan, penulis tak berapa tertarik dengan filem-filem Spider-Man yang ditayangkan selepas daripada Spider-Man 3. Agak janggal melihat Andrew Garfield sebagai Peter Parker dalam The Amazing Spider-Man.

Spider-Man lakonan Tom Holland pula bagi penulis hanyalah cerita sampingan yang menumpang populariti Ironman dan The Avengers.

Spider-Man: No Way Home

Kecuali Spider-man: No Way Home, sebab ada khabar angin yang mengatakan Tobey Maguire akan melakonkan semula watak Spider-Man dalam No Way Home. Ntah bila kali terakhir penulis melihat Tobey Maguire di kaca TV atau pawagam.

Penulis percaya ramai yang ingin menonton No Way Home disebabkan oleh perasaan nostalgia dan ingin melihat Tobey Maguire sebagai Spider-Man semula. Kalau betul sangkaan penulis, korang takkan kecewa.

Spider-Man: No Way Home mengisahkan tentang kekecohan demi kekecohan yang disebabkan oleh seorang adiwira remaja yang bertindak seperti seorang remaja — pendek akal, idealistik, dan degil.

Penulis serahkan kepada korang untuk menilai sendiri keputusan yang diambil oleh Peter Parker lakonan Tom Holland dalam filem ni. Namun bagi penulis ianya sebuah keputusan yang kurang bijak.

Tetapi tak mengapa, penulis akan let it slide dengan alasan ianya sebuah filem. Lagipun mereka perlukan modal untuk wujudkan dilemma dan konflik, walaupun ia meragut intelektual para penonton.

Bagi penulis plotnya agak mudah difahami, tak perlukan pemikiran yang kritis, malah straight to the point. Mungkin ada easter egg atau petunjuk tentang filem akan datang yang penulis tak perasan.

Adegan-adegan dalam filem ini juga, dengan bantuan CGI; kelihatan menarik terutama ketika berlakunya pertarungan, dan ketika Dr Strange sedang membacakan mantra atau melepaskan sihir.

Walaupun demikian, disebabkan oleh bilangan antagonis atau penjahat yang ramai, kita cuma dapat lihat sekejap sahaja masa tayangan Willem Dafoe melakonkan watak Green Goblin, penjahat yang sangat ikonik dalam siri filem Spider-Man.

Spider-Men Assemble

Babak paling menarik, yang juga paling ditunggu-tunggu adalah di penghujung filem. Babak ini menjadikan keputusan kurang bijak yang mengorbakan intelektual tadi kelihatan agak berbaloi.

Penulis harap konsep multiverse atau Spider-Verse akan diperkenalkan lagi dalam filem-filem yang akan datang, jadi bolehlah penulis lihat lagi Tobey Maguire sebagai Spider-Man.

Disebabkan Tobey Maguire dijemput semula sebagai Spider-Man, berbekalkan CGI dan adegan-adegan menarik, penulis akan berikan filem Spider-Man: No Way Home 8.5/10. Penulis memang terhibur sepanjang 2 jam 30 minit mendongak di pawagam.

azizinet00 | Hari3aku

Scene pasca kredit memberikan gambaran seolah-olah akan ada sebuah filem crossover yang menggandingkan adiwira Spider-Man dengan antihero Venom.

Post a Comment

To Top