Beralih ke Fasa 4 PPN: Sesi Persekolahan Bermula 1 November di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, dan Melaka

Photo by KPM from Facebook

Pada 15 Oktober 2021, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peralihan fasa pelan pemulihan negara bagi beberapa negeri di Malaysia.

Susulan pengumuman tersebut, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, dan Melaka akan beralih ke fasa 4. Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah pula akan beralih ke fasa 3.

Peralihan fasa ini berkuatkuasa bermula 18 Oktober 2021, bermula tarikh ini tiada lagi negeri yang berada di fasa 1 dan 2.

Tarikh Mula Sesi Persekolahan di Lembah Klang dan Melaka

Dengan berlakunya peralihan ke fasa 4, sesi persekolahan akan dibuka secara sepenuhnya selepas dua minggu dari tarikh peralihan fasa tadi — bermula 1 November untuk Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, dan Melaka.

Tahap Tarikh Mula
Tahun 1,2,3
Tingkatan 3,4
1 November 2021
Tahun 4,5,6
Kelas Peralihan
Tingkatan 1,2
8 November 2021
Pembukaan ini melibatkan murid Tahap 1 (darjah 1, 2, dan 3) sekolah rendah, serta murid tingkatan 3 dan 4 bagi sekolah menengah pada 1 November 2021. Manakala bagi murid Tahap 2 (darjah 4, 5, dan 6), serta murid kelas peralihan, tingkatan 1, dan 2 pula akan bermula pada 8 November 2021.

Kehadiran Secara Penggiliran

Mengikut ketetapan atau SOP sedia ada bagi Fasa 4, bermula 1 November, kesemua murid dari sekolah rendah dan menengah harian atau swasta akan hadir ke sekolah secara penggiliran.

Untuk Murid Berkeperluan Khas di SKPK, SMKPK, SMPKV, dan PPKI; Murid Prasekolah dan Tadika; serta murid dari sekolah berasrama pula, sesi persekolah akan diadakan tanpa penggiliran.

Boleh rujuk slaid sidang media Pengoperasian Sekolah yang telah dibentangkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin untuk maklumat yang lebih lanjut tentang pembukaan, pengoperasian, dan pengurusan sekolah:


Bagi negeri-negeri yang beralih ke Fasa 3 pula. Pengoperasian sekolah mengikut ketetapan Fasa 3 akan bermula pada 31 Oktober 2021 bagi negeri Kedah dan Kelantan. Bagi negeri Pulau Pinang, Perak, dan Sabah pula 1 November 2021.

Pengoperasian Fasa 3 PPN ini melibatkan murid prasekolah, murid berkeperluan khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional dan Program Pendidikan Khas Integrasi, Tingkatan 6 Semester 2, Prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia, kelas peperiksaan awam di sekolah asrama sepenuhnya/sekolah harian/sekolah swasta, International Baccalaureate Diploma, serta kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan IBD) dan kelas peperiksaan antarabangsa yang lain. - Kementerian Pendidikan Malaysia pada 17 Oktober 2021

Jom Kembali ke Sekolah

Semua dah bersedia ke nak kembali ke sekolah? Adakah dengan berita ni ibu bapa dapat menarik nafas lega? Atau bertambah risau akan keselamatan anak-anak di sekolah nanti?

Penulis yakin, guru-guru khususnya akan memberikan yang terbaik dalam menjaga keselamatan murid-murid di sekolah. Tidak ada guru yang akan sengaja memperjudikan nasib anak murid mereka.

Untuk maklumat terkini berkaitan Covid-19 tentang pembukaan sesi sekolah, atau pengoperasian sekolah, pastikan kita selalu mengikuti berita-berita terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top