Gangguan Bekalan Air Berjadual di 998 Kawasan Sekitar Lembah Klang Bermula 13 Sehingga 16 Oktober 2021

Dalam beberapa tahun ni, Selangor sering dikaitkan dengan masalah air. Penulis yakin ramai di Selangor, terutamanya mereka yang tinggal di Lembah Klang sudah beberapa kali mengalami masalah gangguan bekalan air sejak 2020.

Terbaharu, 998 kawasan di sekitar Lembah Klang bakal mengalami masalah gangguan bekalan air selama empat hari bermula dari jam 9 pagi 13 Oktober 2021, sehingga 9 malam 16 Oktober 2021. Notis telah pun dikeluarkan oleh Air Selangor seawal 1 Oktober 2021.

Namun, gangguan bekalan air kali ini bukanlah disebabkan sungai yang tercemar dengan bahan kimia atau bahan buangan. Tetapi disebabkan oleh penyelenggaran yang, menurut syarikat Air Selangor; telah tertangguh sejak tahun 2019.

Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat, dan Kuala Selangor. Boleh ke laman sesawang Air Selangor untuk maklumat terperinci berkaitan Kawasan-kawasan yang terlibat.

Air Selangor, menurut pada notis; akan menggerakkan sebanyak 105 lori tangki air, dan menyediakan 18 pili air awam di Kawasan-kawasan terjejas. Namun, amatlah dinasihatkan supaya penduduk yang terjejas bersiap sedia dengan menyimpan bekalan air secukupnya.

Jadi, dalam tempoh dua ke empat hari, penduduk dari sekitar Lembah Klang sehingga ke Kuala Selangor perlu berjimat cermat dalam menggunakan air. Jangan lupa matikan mesin penapis atau pemanas air.

Bekalan air akan disalurkan semula secara berperingkat bermula jam 5 petang 14 Oktober 2021. Boleh semak tempoh masa pemulihan di sini. Tempoh masa pemulihan adalah antara 16 ke 52 jam.

Untuk maklumat terkini dan lebih terperinci berkenaan gangguan bekalan air, kawasan terjejas, dan pili air awam, boleh ke laman sesawang hentitugas.airselangor.com.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top