Facebook, Instagram, dan WhatsApp Tergendala di Malaysia dan Seluruh Dunia
Berapa ramai yang cuba untuk masuk ke Facebook dan Instagram tetapi gagal bermula dari tengah malam 5 Oktober? Bukan setakat Facebook dan Instagram je, malah WhatsApp juga gagal berfungsi pada masa yang sama.
Untuk pengetahuan, ini bukanlah disebabkan oleh masalah internet — bukan sebab habis quota, ataupun sebab Wi-Fi perlahan. Tetapi disebabkan oleh masalah dari pihak Facebook sendiri.
Oleh itu, bukan sahaja Facebook, malah kebanyakan, atau mungkin semua; laman dan program kepunyaan Facebook contohnya Instagram dan WhatsApp tidak boleh diakses atau digunakan.
We’re aware that some people are experiencing issues with WhatsApp at the moment. We’re working to get things back to normal and will send an update here as soon as possible.
— WhatsApp (@WhatsApp) October 4, 2021
Thanks for your patience!
Masalah ini juga dihadapi bukan sahaja oleh rakyat Malaysia, malah oleh pengguna dari seluruh dunia. Ciapan dari akaun rasmi Facebook dan WhatsApp di Twitter juga telah mengakui dan mengesahkan masalah yang dihadapi.
Menurut The Verge, masalah ini disebabkan oleh masalah pada pelayan DNS. Ada juga khabar angin mengatakan domain Facebook telah dirampas.
Rata-rata pengguna Twitter yang memberi tindak balas kepada ciapan tersebut memerli dan membuat jenaka terhadap masalah tersebut. Untuk sebuah syarikat gergasi seperti Facebook, ini adalah sesuatu yang memalukan.
Memandangkan perniagaan dan urusan juga sering dilakukan melalui Facebook dan WhatsApp, perkara ini sudah tentu akan membawa masalah yang agak berat kepada mereka yang berkaitan.
Hari yang sungguh malang buat Facebook. Bukan sahaja lamannya tidak dapat diakses, saham Facebook juga telah jatuh melebihi 5% selepas sebuah pendedahan tentang salah laku Facebook dalam menguruskan ucapan benci dan maklumat palsu pada laman tersebut tersebar.
Artikal ini ditulis hampir dua jam selepas penulis menghadapi masalah yang sama, dan nampaknya ketiga-tiga aplikasi dan laman tadi masih belum boleh dilayari. Kemas kini: Secara total, gangguan berlaku selama hampir enam jam.
Post a Comment