Bonanza Sushi King Oktober 2021: Cepatnya Bonanza Datang Lagi

Setiap beberapa bulan Sushi King akan adakan promosi Bonanza yang ditunggu-tunggu peminat sushi di Malaysia. Setiap piring sushi akan dijual pada harga RM3.18 dalam tempoh promosi Bonanza dijalankan.

Selang sebulan selepas bonanza terakhir Sushi King, Sushi King sekali lagi adakan promosi Bonanza untuk Oktober 2021 pada 25 sehingga 28 Oktober.

Ini pertama kali dalam pengalaman penulis Sushi King adakan promosi Bonanza untuk dua bulan secara berturut-turut. Bonanza kali ini juga diadakan serentak di setiap negeri pada tarikh yang sama.

Promosi Bonanza Sushi King Oktober 2021 akan diadakan di setiap cawangan seluruh Malaysia kecuali Sushi King City Square, Parkcity, Deli, dan Kiosk.

Berikut merupakan butiran Bonanza Sushi King Oktober 2021:
  • Diadakan pada 25 - 28 Oktober 2021 untuk dine-in.
  • Maksimum hanya 3 orang untuk satu keahlian.
  • Setiap pelanggan diberikan 45 minit.
  • Hanya pelanggan yang sudah lengkap 2 dos vaksinasi dibenarkan untuk dine-in.
  • Pelanggan berpeluang menyertai peraduan Spin & Win untuk setiap 8 piring sushi.

Boleh lihat butiran selanjutnya berkenaan Bonanza dan peraduan Spin & Win di laman sesawang Sushi King.

Jadi apa lagi, jom pakat ke Sushi King dan cuba sebanyak sushi yang mungkin daripada 42 pilihan sushi yang ada.

Jangan lupa SOP, dan jangan lupa juga muat turun dan daftar keahlian Sushi King menggunakan aplikasi Sushi King, hanya pelanggan dengan aplikasi Sushi King dibenarkan untuk menikmati promosi Bonanza Sushi King.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top