Betul ke Komik Jabatan Penerangan Johor Memerli Rakyat Seperti yang Didakwa Syed Saddiq?

Memang perit apabila memikirkan berapa ramai yang kehilangan kerja dan sumber pendapatan akibat Covid-19 bermula Mac 2020. Ini menjadikan rakyat sensitif dengan isu yang menyentuh keperitan dan kesusahan rakyat.

Tetapi, ada kalanya rakyat menjadi terlalu sensitif sehinggakan nasihat yang baik pun boleh disalah anggap membawa mesej atau naratif yang buruk. Inilah yang terjadi kepada Jabatan Penerangan Johor.

Baru-baru ni, Jabatan Penerangan (JAPEN) Johor telah mengeluarkan sebuah komik yang berniat menasihati rakyat supaya berjimat cermat dalam berbelanja, dan mengutamakan keperluan berbanding kehendak.

Are You Serious?

Namun, komik yang sama juga telah dijadikan sebuah ciapan oleh Syed Saddiq, seorang Ahli Parlimen Muar dengan persoalan seperti "Kenapa nak perli-perli rakyat ni?", dan "Apa yang kamu mahu kami buat dari penerangan macam ni?".

Pada waktu artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah mendapat sebanyak 9075 ciapan semula, 636 balas, dan 12.9k "likes". Ada yang bersetuju, ada juga yang kurang bersetuju dengan ciapan yang dikeluarkan.

Jom kita tengok komik yang JAPEN johor keluarkan:


Berikutan kecaman dan maklum balas rakyat yang berasa kurang senang dengan komik tersebut, JAPEN telah mengambil keputusan untuk memadam komik tersebut.

Betul ke Perli?

Penulis, sebagai salah seorang yang kurang bersetuju; berpendapat tidak ada sebarang unsur perli memerli dari komik yang dikeluarkan oleh JAPEN Johor. Lebih-lebih lagi selepas meneliti ciapan yang dikeluarkan JAPEN Johor bersama dengan komik tersebut.

Sangat jelas objektif komik tersebut adalah sebagai peringatan kepada rakyat untuk mengutamakan keperluan. Kedua-dua ruangan komik juga menunjukkan karakter yang sama, jadi tidak ada isu orang yang susah lain, yang bercuti pula lain.

Penulis tak faham kenapa perkara macam ni perlu dijadikan polemik sedangkan jika dilihat pada konteks yang betul, ia membawa teguran yang baik. Ingat, literasi kewangan rakyat Malaysia masih di tahap yang rendah.

Apabila cara yang sama digunakan kepada ahli politik, sudah tentu komik tersebut akan dapat banyak pujian, tetapi adakah ahli politik sahaja yang perlu ditegur?

Kalau rasa diri mampu, tak ada masalah pun bercuti. Teruskan, sebab lebih banyak kita berbelanja, lebih cepat ekonomi kita dapat dirancakkan dan dihidupkan semula. Selain Pulau Langkawi, boleh juga rancang percutian ke Pulau Tioman atau Cameron Highland.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top