Lumi News Malaysia: Aplikasi Pengumpul Berita dengan 30+ Penerbit

Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh We Are Social dan Hootsuite. Hampir 86% rakyat Malaysia merupakan pengguna aktif media sosial pada Januari 2021. 86% itu mewakili sebanyak 28 juta orang.

Jadi tak pelik kalau penulis percaya ramai daripada kita semua yang menjadikan media sosial seperti Facebook dan Twitter sebagai sumber utama kita mendapatkan berita atau isu-isu semasa.

Bagi penulis, media sosial tidak sepatutnya dijadikan sumber utama mendapatkan berita, walaupun penulis sendiri banyak mengikuti penerbit-penerbit berita di Facebook dan Twitter.

Lumi News Malaysia

Penulis selalunya akan dapatkan berita atau artikel daripada pengumpul berita seperti Google News, MSN, Digg, Flipboard dan yang terbaharu Lumi News Malaysia.

Kalau nak dapatkan berita terkini dari dalam negara, penulis memang syorkan aplikasi Lumi News untuk pengguna Android dan iOS. Pendaftaran dan Pemasangan pun mudah.

Lebih 30 Penerbit Berita

Antara kelebihan aplikasi Lumi News:
  • Mempunyai tetapan untuk melihat berita baik di muka hadapan
  • Ada lebih daripada 30 penerbit berita berbahasa melayu, inggeris, atau cina untuk diikuti.
  • Boleh lakukan tetapan untuk dapatkan notifikasi daripada kumpulan berita tertentu sahaja.
  • Memaparkan statistik Covid-19 yang terkini.
  • Aplikasi yang lancar dan mudah digunakan.

Antara penerbit berita yang boleh diikuti ialah Berita Harian, Utusan Malaysia, OhBulan!, The Vocket, New Straits Times, IGN Southeast Asia, dan SoyaCincau.

Peka Dengan Isu Semasa

Photo by Lumi News Malaysia

Dengan aplikasi Lumi News ni, kita akan sentiasa peka dengan isu-isu semasa dan berita-berita yang tengah trending sekarang ni. Ataupun, boleh saja gunakan aplikasi Lumi News untuk mengisi masa terluang.

Pilihan di tangan kita, sama ada nak isi masa terluang dengan menatal instagram dan 9gag, ataupun aplikasi seperti flipboard dan Lumi News yang akan illuminate atau menerangi kita dengan isu rakyat dan dunia.

Kalau nak cuba aplikasi Lumi News, jangan lupa hidupkan tetapan tab dan notifikasi "berita baik" untuk pastikan kita mulakan hari kita dengan berita-berita yang baik dan positif.

Boleh dapatkan aplikasi Lumi News Malaysia di Google Play, atau Apple App Store.

azizinet00 | Hari3aku

Post a Comment

To Top