PULUZ LED Portable Photo Studio: Pencahayaan Lebih Baik untuk Gambar yang Lebih Berkualiti

Fotografi bukanlah sekadar tunjuk dan tembak, malah dalam memastikan gambar ditangkap dalam keadaan yang menarik dan jelas, penguasaan teknik-teknik dan peraturan-peraturan dalam fotografi adalah perlu.

Antara dua teknik penting dalam fotografi ialah komposisi dan pencahayaan. Tanpa komposisi yang betul, objek akan kurang menonjol atau menyerlah. Tanpa pencahayaan yang betul pula, gambar menjadi kusam dan mempunyai gangguan (noise).

Kenapa pencahayaan penting? Sebab ia memberi kesan kepada "Exposure Triangle" yang terdiri daripada ISO, kelajuan pengatup, dan apertur. Agak teknikal, mungkin penulis akan huraikan dalam artikel yang lain.

Bermodalkan serendah RM17, kita boleh dapatkan sebuah studio mudah alih bersaiz 23 x 24 x 24 cm3, lengkap dengan dua lampu led untuk pencahayaan yang lebih terang.

PULUZ LED portable photo studio juga mempunyai variasi saiz yang lain pada harga yang berbeza. Untuk saiz 24 yang penulis beli, sesuai untuk produk atau objek yang bersaiz kecil sehingga sederhana kecil.

Untuk variasi saiz yang penulis beli, disertakan sekali latar belakang pelbagai warna. Antara warna latar yang diberikan ialah putih, hitam, hijau dan merah. Boleh sesuaikan warna latar dengan warna produk.

Cahaya dari dua lampu LED yang ada pada studio ini juga agak terang, dan pemasangan pula hanya menggunakan kabel USB yang diberikan bersama pembelian. Tidak ada suis on atau off, selesai pasang kabel terus menyala.

Selain daripada bahagian hadapan, studio ini juga mempunyai ruang atau lubang yang membolehkan kita mengambil gambar dari arah atas. Mengambil gambar dari arah berbeza mewujudkan perspektif yang berbeza terhadap produk.

Siapa yang perlu dapatkan PULUZ LED portable photo studio ni? Penulis syorkan untuk pengulas produk, peniaga, dan mereka yang mempunyai hobi atau minat dalam fotografi produk.

Bukan sahaja untuk pengguna kamera, tetapi untuk pengguna telefon pintar juga kerana telefon pintar jauh lebih memerlukan pencahayaan yang baik. Telefon pintar sangat terkenal dengan prestasinya yang lemah apabila mengambil gambar dalam persekitaran bercahaya rendah.

Dengan sedikit ilmu berkaitan komposisi, disertakan pencahayaan yang lebih baik dari PULUZ LED portable photo studio, dan sedikit ilmu pemprosesan pasca, gambar yang kita ambil pasti lebih menyerlah, daya tarikannya juga lebih tinggi.

Kalau berminat dengan produk ni, boleh dapatkan di Lazada atau Shopee.

p.s. kesemua gambar pada artikel ini diambil menggunakan Nikon D90

16x16-instagram azizinet00 | facebook hari3aku

Post a Comment

To Top