Notis Bazar Ramadhan: 22 Buah Bazar Ramadhan Diarahkan Tutup Beberapa Hari Berkuatkuasa 1 Mei 2021

Sejak awal Ramadhan 2021, penulis telah ke beberapa bazar Ramadhan sekitar Shah Alam dan Kuala Selangor. Baru-baru ni penulis ada kongsikan tentang bazar Ramadhan Stadium Shah Alam dan PKNS.

Walaupun dengan pelaksanaan SOP, tidak dapat dinafikan bahawa bazar Ramadhan, sebagai tempat tumpuan ramai pada bulan Ramadhan; merupakan antara tempat yang berisiko tinggi untuk dijangkiti Covid-19.

Sepanjang 18 hari berpuasa, sebanyak 904 kes positif Covid-19 berkaitan bazar Ramadhan telah dikesan. Ini bersamaan dengan 50 orang setiap hari. Sebagai langkah proaktif, beberapa bazar Ramadhan telah diarahkan tutup.


Sebanyak 22 daripada 1073 buah bazar Ramadhan dari pelbagai negeri telah diarahkan tutup selama beberapa hari bermula 1 Mei menurut sebuah kenyataan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang bertarikh 30 April 2021.

Daripada 22 buah bazar yang diarah tutup tadi, 4 bertempat di Johor, 3 di Kedah, 2 di Pahang, 1 di Perak, 8 di Pulau Pinang, 2 di Selangor, dan 2 lagi di Kuala Lumpur.

Antara yang diarahkan tutup ialah bazar Ramadhan Taman Tun Sardon dan bazar Ramadhan Kampung Melayu di Pulau Pinang, dan bazar Ramadhan Taman Titiwangsa di Kuala Lumpur.

Penutupan tersebut adalah dengan tujuan melakukan kerja-kerja sanitasi dan pengemaskinian SOP sebelum dibenarkan pengoperasian semula. Berikut merupakan 22 bazar Ramadhan yang terlibat:

Lampiran A

Walaupun hanya 22 daripada 1073 bazar Ramadhan diarahkan tutup, satu jumlah yang mungkin dianggap kecil oleh sesetengah pihak; ini tidak bermakna masalah yang dihadapi 22 bazar tadi tidak ada pada 1051 bazar yang lain.

"Be vigilant", sentiasa berwaspada dengan menjaga SOP. Setiap tempat yang menjadi tumpuan ramai pengunjung seperti bazar Ramadhan, pasar, pasaraya, dan pusat membeli-belah mempunyai risiko yang tinggi sebagai tempat penularan Covid-19.

Post a Comment

To Top