Ayam Goreng Marrybrown Egg-stra Ong, Sos Telur Masin Meleleh, dan Air Nestle Pink Lemonade.

Walaupun perayaan Tahun Baru Cina untuk tahun 2021 ini tidak semeriah tahun-tahun sebelum ni, masih banyak restoran, khususnya restoran makanan segera; yang mengambil peluang untuk memperkenalkan menu-menu baharu.


Terbaharu dari Marrybrown, mereka ada memperkenalkan sebuah menu kombo terhad dengan panggilan Egg-stra Ong. Menu tersebut bertemakan telur masin ataupun 'salted egg'. Untuk kombo Egg-stra Ong ni, kita ada pilihan antara ayam, burger, ataupun kedua-duanya.


Setiap kombo datang bersama dengan secawan air istimewa. Dengar kata, Marrybrown merupakan restoran pertama yang sediakan air ni. Nestle Pink Lemonade, selain daripada berwarna merah jambu dan berperisa lemon, air ini juga mempunyai campuran perisa laici.


Ini bukan kali pertama kita cuba menu-menu berasaskan telur masin. Sebelum ni, KFC pernah keluarkan ayam goreng telur masin, McDonald's pula pernah keluarkan kentang goreng dengan sos telur masin. Dari pengalaman penulis, memang susah nak 'go wrong' dengan perisa telur masin.


Harga asal kombo Egg-stra Ong untuk 3 ketul ayam ialah RM21.90, tetapi penulis beli dari Shopee untuk dapatkan harga promosi RM18.80. Bagi penulis, harganya tak murah walaupun selepas diskaun. Tetapi persoalan utamanya sekarang, berbaloi ke?


NESTLE PINK LEMONADE. Pertama sekali, penulis memang suka betul dengan air berperisa lemon laici ni. Selain daripada warnanya yang cantik, rasanya pun sedap juga. Rasa macam tak cukup je satu cawan.


Penulis jarang makan ayam goreng Marrybrown, jadi penulis tak tahu sama ada Marrybrown gunakan ayam yang sama ataupun tidak untuk menu ni. Cuma nak bagitahu yang ayam goreng Marrybrown kali ni agak sedap.


SOS TELUR MASIN. Yang paling penting, macam mana dengan rasa sos telur masin? Sejujurnya, penulis sangat berpuas hati dengan sos telur masin Marrybrown ni. Pertamanya sebab sosnya banyak, keduanya sebab sosnya tidak terlalu masin, dan kurang memuakkan.


Syabas Marrybrown, menu kali ni tak menghampakan. Cuma penulis harap boleh ditambah baikkan lagi kentang putar dan sayur tu, buatlah R&D lebih sikit. Walaupun cuma menu sampingan, kedua-duanya tetap sebahagian daripada 'dining experience'.


Nah penulis belanja sikit gambar ayam goreng yang penulis dah curahkan sos telur masin sampai meleleh. Serious tak tipu.


Menu ni dah keluar dalam sebulan sebenarnya, ada yang dah cuba ke? Kalau belum cepat-cepatlah cuba sebelum habis stok. Marrybrown ada juga keluarkan menu telur masin ni untuk tahun 2020, cuma penulis tak sempat cuba. Menu Sos BBQ dan ayam goreng Mala-tup pun penulis tak sempat cuba.

2 Comments

  1. Alaa. Mary brown jauh pulak dari rumah. Susah la nak try menu ni. Huhuhu

    ReplyDelete
  2. @Anonymous Marrybrown susah sikit nk jumpa. Tk mcm KFC ada banyak cawangan.

    ReplyDelete
To Top