Cara Bayar Parkir dan Saman MPK, MPB dan MDCH Menggunakan Aplikasi Pahang GO.

Pahang GO

Kebiasaannya ada tiga cara untuk bayar caj parkir kereta di tempat letak kereta berbayar, sama ada menggunakan meter, membeli tiket dari mesin elektronik, ataupun mendapatkan kupon dari agen. Cara yang paling leceh dan renyah bagi penulis semestinya menggunakan kupon.


Contoh bandar yang menggunakan kupon ialah Kuantan. Jadi kalau pergi ke Kuantan, memang kena dapatkan kupon dari agen atau kaunter kupon MPK. Tetapi sekarang semuanya dah mudah, sebab kita boleh bayar caj parkir secara atas talian menggunakan aplikasi.


Aplikasi Pahang GO

Bergantung pada kawasan, aplikasi yang perlu digunakan mungkin berbeza. Contohnya di sebahagian kawasan di Selangor seperti Shah Alam dan Kajang, kita boleh gunakan aplikasi Flexi Parking. Di Pahang pula, khususnya Kuantan (Majlis Perbandaran Kuantan), Bentong (Majlis Perbandaran Bentong) dan Cameron Highland (Majlis Daerah Cameron Highland); kita boleh gunakan aplikasi Pahang GO.


Sebelum kita boleh manfaatkan aplikasi Pahang GO, kita mesti cipta satu akaun. Nak guna akaun facebook pun boleh, lebih mudah.


MATAWANG ELEKTRONIK 'FIL'

Pahang GO Fil

Untuk membayar parkir menggunakan aplikasi Pahang GO, kita perlu membeli matawang elektronik yang dipanggil sebagai 'Fil'. Kenapa Fil? Mungkin kerana Fil berasal dari bahasa arab yang bermaksud gajah. Setiap 1000 Fil berharga RM10, i.e. 1 Fil = 1 sen.


Pahang GO Fil

Untuk membeli Fil kita perlu pilih 'Park' dan tekan logo Pahang GO yang berwarna oren di bahagian atas kanan skrin. Pembelian boleh dilakukan melalui kad kredit atau debit, perbankan atas talian, ataupun e-Dompet seperti Boost, Touch 'n Go, dan Grab Pay. 


Pahang GO Kaedah Pembayaran

Fil hanya digunakan untuk membayar parkir secara jam atau harian menggantikan kupon. Manakala pembelian pas parkir untuk sebulan, tiga bulan, atau satu tahun pula menggunakan kaedah pembayaran yang biasa.

 

BAYAR PARKIR MENGGUNAKAN Pahang GO

Pahang GO Bayar Parkir

Untuk membayar parkir, kita kembali ke 'Park', dan tambah kenderaan jika belum. Pastikan no plat, jenama, model dan warna kenderaan diisi dengan betul.


Pahang GO Bayar Parkir

Kemudian hanya perlu pilih lokasi (e.g. Kuantan), kenderaan (e.g. ABC1234), dan tempoh (e.g. 1 jam) sebelum menekan 'Park Now'.


BAYAR SAMAN KENDERAAN MENGGUNAKAN Pahang GO

Pahang GO Bayar Saman

Kadang-kadang kita terlupa nak bayar parkir atau tempoh masa yang kita bayar tak mencukupi. Apabila balik ke kereta dapat pula surat cinta dari abang majlis perbandaran atau daerah. Dengan aplikasi Pahang GO kita dah tak perlu cari kaunter pembayaran.


Pahang GO Bayar Saman

Untuk bayar saman parkir, cuma perlu pilih 'Pay', pilih tempat yang berkenaan (e.g. Kuantan), tekan 'Vehicle Compound', masukkan no plat kenderaan dan tekan 'Search'. 


Pahang GO Bayar Saman

Aplikasi akan tunjukkan saman yang berkaitan dengan kenderaan tersebut, dan untuk membayar saman tersebut boleh tekan 'Pay Now'. Di bawah butiran yang ditunjukkan ada butang 'Pay' yang perlu ditekan, kemudian tekan 'Pay Now'.


Terakhir sekali cuma perlu pilih kaedah pembayaran dan lakukan pembayaran. Mudah bukan? Memang mudah, jadi rajin-rajinlah bayar saman ye.


Selain daripada membayar parkir dan saman kenderaan, aplikasi Pahang GO juga boleh digunakan untuk menjelaskan bil air, astro dan telefon. Banyak lagi sebenarnya yang kita boleh buat dengan aplikasi Pahang GO ni.


Aplikasi Pahang GO boleh dimuat turun di Play Store untuk pengguna Android, dan App Store untuk pengguna iOS.

 azizinet00 |  hari3aku

Post a Comment

To Top