Restoran Damsyik Empire. Nasi Arab dan Mashawi Ayam yang Lazat di Senawang, Negeri Sembilan

Nasi Arab Kambing Damsyik Empire
Negeri Sembilan terkenal dengan masak lemak dan daging salai. Rasa tak sempurna kalau ke Negeri Sembilan tetapi tak cuba daging salai masak lemak cili padi, betul tak? Tetapi untuk penulis lain cerita pula sebab penulis bukan peminat tegar masak lemak.

Penulis kalau ke Negeri Sembilan, terutamanya Seremban penulis akan teringat satu restoran nasi arab  yang bagi penulis menyediakan makanan timur tengah yang lazat, sedap, dan murah.

Restoran Damsyik Empire
Restoran Damsyik Empire yang bertempat di Taman Bourgenvillea, Jalan Paroi-Senawang ada sediakan makanan timur tengah seperti nasi arab, mashawi (atau mashawey atau mashwi), kebab, dan shawarma.

Ada tiga pilihan nasi arab, nasi arab ayam, kambing, atau lamb shank. Mashawi dan kebab pula ada dua pilihan antara ayam dan kambing. Untuk shawarma pula hanya ada ayam.

Nasi Arab Kambing Damsyik Empire
Untuk kunjungan kali ini, penulis makan nasi arab kambing. Ada pilihan untuk seorang (tabaq), tiga orang (thulathi), atau lima (khomss) orang makan. Kalau korang datang berempat atau berlima, set untuk tiga orang pun mungkin dah cukup.

Harga nasi arab kambing untuk set tiga orang (thulathi) ialah RM60. Dalam gambar tak berapa nampak kambing kan? Tapi sebenarnya ada banyak isi kambing di bawah timbunan nasi tu, memang puas hati. 

Bersama nasi arab ini juga ada sambal salsa dan krim masam (sour cream), sup juga disediakan secara layan diri.

Mashawi Ayam Damsyik Empire
Tak cukup dengan nasi arab, yang lebih menarik di sini bagi penulis ialah mashawi ayam ataupun ayam panggang. Dengan harga RM20, korang akan dapat separuh bahagian ayam yang disediakan bersama salad dan kentang goreng. Mashawi kambing pula berharga RM25.

Yang penulis paling suka dalam menu ni ialah sos putih yang digunakan. Sekali pandang macam mayonis, tetapi sebenarnya bukan. Itulah sos yang digunakan untuk shawarma, mungkin kombinasi antara yogurt, tahini, dan bawang putih.

Ruang dalam Restoran Damsyik Empire
Restoran Damsyik Empire juga ada sediakan ruang makan luar (outdoor) dan dalam (indoor). Untuk korang yang nak makan sambil bersila bolehlah makan di ruang dalam restoran.

Menu-menu lain penulis akan cuba lain kali pula. Rugi pula rasanya apabila penulis terlupa nak pesan shawarma ayam untuk bawa pulang, harganya RM8 je. 

Secara keseluruhannya memang puas hati. Walaupun harga set nasi arab kambing untuk 3 orang ialah RM60, kita boleh makan seramai 5 orang, kiranya tak sampai RM15 pun untuk seorang, jimat kan? Kalau korang ke Seremban, khususnya Senawang memang penulis rekomen sangat korang cuba tempat ni.

Hiasan di Restoran Damsyik Empire
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan restoran Damsyik Empire, boleh ke laman fb Restoran Damsyik Empire.

p.s. Untuk pengetahuan korang, restoran Damsyik Empire ni sebenarnya masih baru, dan dibuka pada tapak yang sama restoran Nasi Arab Damsyik dibuka sebelum ni. Amat mengelirukan untuk orang yang pernah ke sini sebelum ni, tetapi penulis dapat tahu yang restoran Nasi Arab Damsyik dah berpindah ke kawasan berdekatan, D'Cattleya. Dengarnya Damsyik Empire ni tak ada kaitan dengan Nasi Arab Damsyik. Tetapi penulis tak kisah, yang penting sedap, lain kali pula pergi ke restoran Nasi Arab Damsyik di D'Cattleya.

Post a Comment

To Top