Maggi Mi Goreng Perisa Sambal Tumis Bilis. Macam Makan Mi Dengan Sambal Nasi Lemak?

Maggi Sambal Tumis Bilis
Sebelum ni kita dah rasa Maggi Mi Goreng Perisa Cili Ala Kampung, satu produk yang agak ringkas. Ia juga mempunyai profil rasa yang hampir sama dengan produk mi goreng berperisa asli dari Mi Sedaap dan Indomie disebabkan rasa cilinya yang kurang menonjol.

Penulis harapkan sesuatu yang lebih istimewa dengan kelainannya yang tersendiri untuk setiap produk baharu. Jadi hari ini penulis cuba satu lagi produk baharu dari Maggi, iaitu Maggi Mi Goreng Perisa Sambal Tumis Bilis.

Harga Maggi Sambal Tumis Bilis
Di Tesco boleh dapatkan dengan harga RM6.39, sama je dengan harga Maggi Cili Ala Kampung. Kalau tak jumpa di pasaraya dan kedai runcit, boleh juga dapatkan secara online dari kedai rasmi Nestle di Shopee.

Untuk Maggi Sambal Tumis Bilis ni, kita akan dapat bawang goreng dan juga pes sambal tumis bilis. Berbeza dengan Maggi Cili Ala Kampung, untuk produk ni tak ada kicap dan minyak, perencah juga bukan dalam bentuk serbuk. 

Perencah Maggi Sambal Tumis Bilis
Keluhan penulis masih sama, perencah atau perasa yang disediakan buatkan mi segera ni nampak agak kosong, mungkin boleh sediakan ikan bilis kering yang boleh dicampurkan dengan sambal tumis tadi untuk hasilkan satu tekstur dan rasa yang pelbagai.

Walaupun Maggi Sambal Tumis Bilis ni gunakan pes, pes tersebut tak buatkan mi jadi lembap. Mi ni lebih kering berbanding Maggi Cili Ala Kampung, mungkin mi ni perlukan lebih banyak minyak. Kalau rasa kering sangat, letak lah air panas dalam setengah ke satu sudu. 

Maggi Sambal Tumis Bilis Sebelum dan Selepas
Warnanya lebih kemerahan dan rasanya juga lebih pedas berbanding Maggi Cili Ala Kampung. Rasa bilis dari sambal tumis tak begitu kuat, tak tahu kenapa penulis ada rasa udang kering dari sambal ni, buatkan penulis teringat ke pes sambal yang digunakan untuk Maggi Royale Penang dulu.

Kalau bandingkan antara Maggi Cili Ala Kampung dan Sambal Tumis Bilis, penulis lebih sukakan rasa Sambal Tumis Bilis. Kalau Maggi boleh jadi lebih kreatif dengan bahan dan hiasan, lebih baik.

Kalau korang dah cuba, dan korang suka rasa sambal tumis bilis ni, mungkin korang boleh cuba pula sambal tumis keluaran Maggi dalam masakan korang lepas ni.

Post a Comment

To Top