Dofi Donut & Coffee, Donut yang Gebu dan Lembut di Kuantan

Hari ni kita jalan-jalan Kuantan. Tiba-tiba rasa lapar, teringat pula satu
kedai ni. Bukan kedai nasi dagang, bukan kedai nasi minyak, kali ni kita
terjah kedai donut. Biasanya kalau cerita pasal donut, kalau bukan donut 30
sen atau 50 sen macam di kantin sekolah tu, mesti korang terfikir Big Apple
atau Krispy Kreme.
Hari ni kita pergi ke kedai donut lokal, buatan tempatan. Kalau ke Kuantan,
ada dua kedai donut yang agak terkenal, pertamanya SeDo atau Sekilau Donut,
dan keduanya Dofi Donut & Coffee.



Ini merupakan kali pertama penulis ke Dofi Donut & Coffee walaupun kedai
ni sebenarnya dah buka lebih daripada 2 tahun. Entah bila kali terakhir
penulis makan donut yang fancy macam ni. Rambang mata dibuatnya dengan pilihan
yang ada.

Topping tiramisu cukup manis dan sedap, cuma penulis tak dapat rasa
pahit-pahit tiramisu tu. Kalau tak silap tiramisu ada rasa pahit-pahit sikit
kan? Inti cheese leleh pula memang marvellous, cuma penulis prefer donut yang
tak berlubang untuk donut yang berinti supaya setiap gigitan akan kena inti
yang berada di tengah.

Jadi apa tunggu lagi? Untuk peminat donut yang gebu dan lembut, boleh lah datang ke sini. Boleh buat pesanan istimewa untuk sambutan hari jadi gantikan kek. Untuk maklumat lanjut dan gambar-gambar donut yang lebih menarik boleh ke laman FB Dofi Donut & Coffee.
Lain kali kalau datang lagi nak pilih perisa apa pula ye? Mungkin triple
chocolate dan milo tabur, ataupun coffee toffi dan blueberry.
Post a Comment