Memancing Siakap di Amir Chalet, Sitiawan, Perak.

Memancing di Amir Chalet
Baru ni penulis ada share tentang restoran Iwan Grill Place di Seri Manjung, Perak. Takkan ke sana untuk makan je kan? Mesti ada tempat bermalam, jadi kali ni penulis nak share tentang sebuah tempat yang penulis inap di daerah Manjung.

Yang lebih menarik lagi, tempat yang penulis nak kongsikan ni ialah chalet yang berhadapan atau berdekatan dengan sungai. Kalau suka memancing, jangan lepaskan peluang untuk cuba ke sini.

Amir Chalet bilik Bella
Tempat penginapan yang penulis nak kongsikan ialah Amir Chalet yang terletak di Kg. Baru, Sitiawan. Terletak di persisiran Sungai Manjung yang agak luas, memang sesuai untuk ambil angin sambil memancing.

Ikan Siakap di Amir Chalet
Di Amir Chalet, tak perlu keluar dari chalet pun untuk memancing sebab ada dibina beranda yang berhadapan dengan sungai. Antara ikan yang penulis pernah dapat ialah siakap, kerapu dan jenahak.

Suasana di Amir Chalet
Boleh juga masak dan makan di beranda tu. Sambil-sambil memancing atau makan, boleh tengok pemandangan yang cantik pada waktu siang dan senja. 

Amir Chalet pada waktu malam
Disebabkan agak jauh daripada kedai, dinasihatkan untuk beli barang keperluan atau makanan sebelum ke chalet. Jangan lupa beli penghalau nyamuk atau mosquito repellant, sangat penting pada waktu malam.

Warung Laksa dan Sri Bayu
Berdekatan dengan Amir Chalet ada warung menjual laksa (D'Ana Laksa Kg Baru) dan kuetiau goreng (Seri Bayu Cafe) pada waktu petang. Pada waktu pagi pula ada warung yang menjual roti canai dan nasi lemak.

Gerai Otak-otak
Kalau rasa rajin, boleh ke Pasar Segar Kg. Sitiawan (9.6 km) untuk bersarapan di warung Roti Canai Pak Tam. Ada juga gerai jual otak-otak, pulut udang dan lempeng pisang di sini.

Ikan di Pasar Segar Kg Sitiawan
Kalau tak dapat ikan memancing di chalet, boleh lah cari hasil laut di Pasar Kg. Sitiawan ni untuk bawa balik. Tak ada jaminan yang kita sentiasa akan dapat ikan memancing di chalet kan?

Buat masa ni ada kurang daripada 10 buah chalet yang berhadapan dengan sungai, jadi kalau nak ke sini memang dinasihatkan untuk buat tempahan. Ada chalet yang mempunyai dapur, ada yang tak.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan tempahan dan harga boleh ke laman facebook Amir Chalet.

Post a Comment

To Top