Boleh ke Maggi Goreng Perisa Cili ala Kampung ni Bersaing dengan Indomie dan Mi Sedaap
Bukan itu sahaja, kepelbagaian jenis dan perisa yang kita boleh dapatkan juga menjadikan ia makanan kegemaran orang ramai daripada pelbagai latar belakang dan umur baik kanak-kanak, remaja ataupun dewasa.
Umum tahu Maggi merupakan jenama yang amat terkenal dan sudah lama berada di Malaysia terutamanya untuk produk mi segera mereka, sehinggakan semua mi segera berjenama lain pun kita panggil Maggi juga.
Kalau tengok perencah yang digunakan, hampir serupa dengan perencah yang digunakan untuk Maggi Hot Cup goreng perencah Cili Fiesta. Tak ada bahan yang istimewa atau lain daripada yang lain, mungkin lebih menarik kalau ada sayur.
Dari segi rasa, agak manis, rasa tipikal mi goreng segera. Ada sedikit rasa cili tetapi tak pedas. Kalau ada rasa cili yang lebih jelas pada mi ni, mungkin boleh jadi jauh lebih baik. Untuk harga lebih daripada RM5, penulis harapkan sedikit sayur dan cili kering.
Lepas ni, penulis akan cuba perisa Sambal Bilis Tumis pula. Buat masa ni, kegemaran penulis masih lagi Maggi Pedas Giler perisa Ayam Bakar. Bagi penulis, Maggi sangat berjaya dengan produk Pedas Giler, penulis boleh makan ulang-ulang.
Jadi, boleh ke produk baharu dari Maggi tandingi produk sedia ada dari jenama-jenama lain? Harga merupakan faktor paling utama. Kalau hendak bersaing dengan produk-produk sedia ada, mengeluarkan satu produk yang hampir serupa pada harga yang lebih mahal ialah perkara terakhir yang Maggi boleh lakukan.
Antara faktor kejayaan Maggi Pedas Giler ialah mengambil kesempatan atas trend, dan menyediakan pengalaman yang sama seperti Samyang pada harga yang jauh lebih murah. Tetapi untuk bersaing dalam kelas produk yang sama pada harga yang lebih mahal, Maggi perlukan kelainan, dan kelainan tersebut mestilah jelas.
Penulis harap kelainan tersebut ada pada perisa Sambal Tumis Bilis yang penulis akan rasa nanti.
Post a Comment