Avant Chocolate & Ice Cream di Green View Garden, Cameron Highlands. Cantik, Menarik dan Tertarik.

Pencinta coklat dan aiskrim? Teruskan baca, sebab tempat yang penulis nak kongsikan hari ni memang terkenal dengan kedua-duanya. Tak salah kalau penulis kata tempat ni bagaikan syurga coklat dan aiskrim di Cameron Highlands.

Mesti korang pernah dengar kan Avant Chocolate & Ice Cream? Tempat ni terletak di Green View Garden, Kampung Raja yang agak jauh dari pekan Tanah Rata dan Brinchang. Kalau naik dan turun melalui tapah tak akan jumpa tempat ni, jadi kalau nak ke sini kena turun atau naik melalui simpang pulai.

Pertama sekali, tempat ni ada jual coklat buatan sendiri dengan jenama avant chocolate. Kalau jadikan buah tangan memang orang akan tahu kita ke Cameron Highlands sebab penulis sendiri tak pernah jumpa jenama ni di luar.

Halal Ke?

Macam biasa, bila satu-satu tempat mula tular dan popular akan ada persoalan, produk-produk Avant ni halal atau tidak? Pernah jadi isu pada awal tahun lepas apabila kita dapat tahu Avant Chocolate tidak memiliki sijil halal, dan ini telah disahkan sendiri oleh Avant Chocolate.

Tetapi korang tak perlu risau dah sekarang. Sejak September 2019, produk coklat dan aiskrim mereka dah ada sijil halal. Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk-produk yang memiliki sijil halal di sini, boleh membuat carian di portal rasmi halal Malaysia menggunakan nama 'Green View Garden'.

Terkini: Carian terbaharu penulis pada Julai 2022 menggunakan kata kunci "Green View Garden" pada portal rasmi Halal Malaysia menunjukkan adanya sijil halal yang bertarikh luput pada penghujung Januari atau Mac 2024.

Pelbagai Warna dan Perisa Aiskrim

Tetapi coklat bukan tarikan utama di Avant Chocolate & Ice Cream, tarikan utama di sini sebenarnya aiskrim yang berwarna-warni, juga diperbuat sendiri dan dijual di kafe mereka. Tidak terhad kepada rasa strawberry, ada juga aiskrim berperisa lain seperti avokado, blueberry dan mango.

Untuk aiskrim yang kelihatan begitu eksklusif, mestilah harganya esklusif juga kan? Sebelum korang rasa teruja nak ke sini untuk cuba aiskrim kena tahu yang harga ais krim di sini paling murah pun RM9.90, bukan kaleng-kaleng.

Ada juga makanan lain seperti kek yang korang boleh dapat dengan harga RM14.90, contohnya kek blueberry ice cream pie atas ni.

Tapi kalau rasa nak diet, tak mahu makanan berkandungan gula tinggi, boleh lah makan salad. Istimewa saladnya ada strawberry, segar dari ladang. Bahan-bahan yang digunakan seperti salad dan strawberry semuanya ditanam dengan sendiri.

Ada juga ajar cara buat jem sendiri, mudah je katanya. Hanya perlukan 2 kilo strawberry sejuk beku, 650 gram gula, dan juga sebiji lemon. Langkah-langkahnya seperti berikut:

1) Cair bekukan atau 'defrost' strawberry pada suhu bilik selama 3 jam.
2) Bersihkan bekas simpan jem (jar) dengan air panas untuk matikan bakteria.
3) Lenyekkan strawberry, masukkan ke dalam periuk.
4) Masukkan juga perahan jus lemon, kemudian gula.
5) Didihkan dengan api yang sederhana, kemudian reneh selama 10 minit.
6) Tutup api, buang buih-buih yang terbentuk di atas jem kalau ada.
7) Simpan dalam jar yang dah dibersihkan tadi, biarkan sejuk.

Kafe yang Luas dan Selesa

Di sini ada sediakan banyak tempat duduk untuk kita nikmati segala aiskrim, kek dan minuman yang kita beli. Sambil-sambil makan hirup udara Cameron Highlands yang segar.

Selepas makan, bolehlah jalan-jalan sekeliling Green View Garden. Peminat warna purple boleh ke House of Lavender untuk tengok dan bergambar di taman bunga lavender.

Penulis makan apa? Disebabkan waktu penulis ke sini, pada April 2019 mereka masih belum mempunyai sijil halal untuk produk coklat dan aiskrim, penulis makan aiskrim Oreo je.

Lain kali kalau ke sini lagi, penulis akan cuba aiskrim atau kek. Memang harga bangsawan, tapi teringin juga nak cuba apa rasanya aiskrim berharga RM9.90. Makanan disini semuanya nampak menarik, kalau tengok memang rasa nak cuba semua.

Ke lebih berbaloi makan 2 batang aiskrim Magnum atau La Cremeria?

Post a Comment

To Top