Antara peranti persisian yang penting untuk sebuah komputer ialah tetikus. Kalau salah satu daripada butang yang ada pada tetikus rosak atau tidak berfungsi dengan baik, kerja akan menjadi jauh lebih susah dan lambat.
Selalunya selepas beberapa tahun, tetikus yang kita gunakan akan mula bermasalah. Sama seperti tetikus yang penulis pernah ada, roda skrol dah mula menggila (sekejap ke atas sekejap ke bawah), ataupun butang kiri yang tidak begitu responsif.
Itu tandanya kena tukar baharu. Untuk tetikus yang baharu, penulis telah membeli AOC MS310 yang merupakan tetikus optik tanpa wayar dari laman e-dagang Lazada. Di Lazada, korang boleh dapat dengan harga RM19.90, dan kalau bernasib baik mungkin penjual akan sertakan sekali dengan sebiji bateri.
Jenama AOC terkenal sebagai pengeluar monitor untuk komputer, jadi jenama ni agak terpercaya jugalah. Monitor yang penulis gunakan sekarang pun berjenama AOC. Cuma ini kali pertama penulis menggunakan peranti berjenama AOC selain daripada monitor.
01 Menggunakan Transceiver. Tetikus AOC MS310 ini tidak menggunakan bluetooth, sebaliknya ia menggunakan transceiver atau istilah melayunya penghantar-terima berpalam USB yang boleh disimpan di dalam tetikus itu sendiri.
02 Rekaan Bentuk Langsing. Tetikus ini juga mempunyai reka bentuk yang langsing, tidak seperti kebanyakan tetikus lain yang lebih bulky atau tebal. Lebih mudah untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana. Nak simpan di poket baju pun boleh.
03 Ringan dan Senyap. Selain daripada roda skrol yang diperbuat daripada getah, bahagian luar lain tetikus in diperbuat daripada plastik, menjadikan ia lebih ringan. Ia juga menghasilkan bunyi klik yang lebih senyap, sangat berguna apabila berada di perpustakaan atau kafe.
Untuk pengguna tetikus yang bersaiz lebih besar, mungkin perlukan sedikit masa untuk selesakan diri menggunakan tetikus yang lebih kecil dan nipis.
Mempunyai hanya empat fungsi, butang kiri, kanan, tengah dan roda skroll; dan kekurangan fungsi untuk menukar dpi, tetikus ini tidak direka untuk gaming, tetapi sesuai untuk mereka yang bekerja atau travel.
Tanpa wayar, ringan, selesa, senyap, memang berbaloi dengan harga yang penulis bayar. Untuk harga RM19.90, tak boleh nak merungut sangat kan?
Post a Comment