Cara Buang Gambar dari Group Whatsapp untuk Kosongkan Ruang Storan.
Hal ini membawa masalah kepada pemilik telefon pintar berkos rendah yang mempunyai ingatan dalaman yang lebih rendah seperti 16GB dan 32GB. Suatu masa dahulu, telefon pintar kebiasaannya dibekalkan dengan 4GB atau 8GB ingatan dalaman.
Antara dalang utama disebalik penggunakan ruang ingatan dalaman yang tinggi ialah aplikasi yang membenarkan kita untuk menghantar dan menyimpan gambar dan video seperti Whatsapp dan Telegram.
Tidak seperti Telegram, Whatsapp tidak menyimpan gambar secara atas talian di penyimpanan awan (cloud storage), dan ini bermakna gambar yang dibuang akan hilang selama-lamanya. Jadi hari ini penulis akan menerangkan kaedah untuk membuang gambar yang tidak diingini dari aplikasi Whatsapp.
Melalui kaedah ini, korang boleh buang gambar atau video atau apa-apa dokumen dari group atau individu yang dipilih sahaja. Langkahnya seperti berikut:
Langkah 1: Buka tetapan dan tekan penggunaan data dan storan (data and storage usage).
Langkah 2: Pilih penggunaan storan (storage usage). Tak perlu tunggu habis mengira (calculating).
Langkah 3: Pilih je mana-mana group atau individu yang mempunyai fail atau media yang korang nak buang. Group dan individu akan disusun mengikut penggunaan storan daripada yang tinggi ke rendah.
Langkah 4: Selepas dah pilih group atau individu, korang tekan kosongkan ruang (free up storage).
Langkah 5: Kemudian korang boleh pilih apa yang nak dibuang, antara yang boleh dipilih ialah mesej, foto, video dan audio. Pilih betul-betul, kemudian tekan padamkan item (delete items).
Langkah 6: Yang ni penting. Mungkin ada mesej-mesej atau gambar penting yang kita dah bintangkan sebelum ni, boleh pilih sama ada nak buang juga ataupun tak. Kemudian boleh tekan kosongkan mesej (clear messages).
Langkah 7: Tunggu dalam beberapa saat, dah siap.
Dengan cara ini, kita boleh pilih untuk buang gambar-gambar dan video-video dari group-group yang kurang penting. Selepas ini, kalau ada nampak gambar atau mesej yang penting-penting, kita bintangkan atau 'star'kan supaya dikecualikan daripada dibuang apabila menggunakan kaedah ini pada masa akan datang.
Dengan cara ini, kita boleh pilih untuk buang gambar-gambar dan video-video dari group-group yang kurang penting. Selepas ini, kalau ada nampak gambar atau mesej yang penting-penting, kita bintangkan atau 'star'kan supaya dikecualikan daripada dibuang apabila menggunakan kaedah ini pada masa akan datang.
Post a Comment