Nasi Bamboo Sungai Klah: Sup Kambing Padu dan Banyak Lagi Lauk Masakan Melayu

Korang semua pernah tak makan nasi yang dimasak dalam buluh? Kalau korang ni seorang ahli pengakap atau jenis yang rajin berkhemah dalam hutan mesti pernah cuba. Tapi kalau korang tak pernah cuba, dan teringin nak cuba, di Sungkai ada satu restoran yang korang kena pergi.

Berdekatan sahaja dengan Plaza Tol Sungkai, restoran Nasi Bamboo Sungai Klah ada menjual nasi yang dimasak, atau lebih tepat dikukus dengan daun lirik atau kalatia di dalam buluh. Restoran ni memang ramai orang, lebih-lebih lagi kalau hujung minggu.

Selain daripada menu nasi bamboo yang cukup rare dan istimewa, restoran ini juga ada menjual aneka jenis masakan dan lauk yang korang boleh pilih secara layan diri. 

Mungkin disebabkan oleh daun lirik yang digunakan, nasinya berbau lebih harum dan menyelerakan. Satu nasi buluh berharga RM2.12. Selain daripada nasi buluh, ada juga nasi panggang (RM2.12) dan nasi panggang serunding (RM3.18).

Tempat ambil nasi, lauk dan air diasingkan mengikut stesen, dan setiap stesen ada kaunter untuk korang terus lakukan pembayaran. Jadi korang tak perlulah susah-susah nak panggil orang datang kira di meja, boleh terus makan je bila dah bawa semua lauk ke meja.

Di sini ada stesen untuk lauk yang disalai, panggang dan bakar, dan ada juga stesen untuk gulai, sayur dan ulam-ulaman. Untuk penulis, semestinya tumpuan yang lebih banyak diberikan ke stesen panggang dan bakar.

Kambing bakar, ayam bakar, ayam percik, ayam goreng berempah, ikan bakar, puyuh bakar, udang bakar, ada belaka semua tu.

Siput sedut atau belitung masak lemak pun sedap juga. Kerabu perut pun ada jual di sini. Tak rugi datang sini, macam-macam jenis lauk ada. Jangan risau, semuanya sedap-sedap.

Untuk kunjungan kali ini, penulis ambil kambing, ayam dan ikan tilapia bakar. Boleh pilih nak makan dengan nasi atau ratah. Kalau nak ratah, boleh makan dengan air asam atau sambal kicap. Daripada ketiga-tiga lauk ni, penulis paling suka kambing bakar. Kalau tak silap, kambing tersebut telah disalai terlebih dahulu.

Selain itu, penulis juga cuba kerabu, ulam, dan siput sedut masak lemak. Semua yang penulis ambil ni boleh dimakan 4 ke 5 orang, jimat kan? Terlupa pula nak ambil gulai, kalau ada kari atau pajeri pun best juga makan dengan nasi.

Yang paling best, rasa kaw, berlemak dan buatkan rasa serba salah bila makan ialah sup kambing. Isinya lembut dan berwarna kemerahan mungkin disebabkan proses salai dan asap. Bukan sup kambing biasa-biasa, tetapi gearbox kambing. Kepada yang kolesterol tinggi tu, beringat-ingatlah bila cuba k.

Lauk-pauk pada April 2019
Dah masuk kali ke 3 atau 4 sebenarnya penulis sampai ke sini, kali terakhir penulis ke sini waktu penulis balik dari Cameron Highland pada bulan April 2019 yang lepas. Tengoklah lauk yang penulis cuba, memang wajib ada sup kambing dan kambing bakar.

Jadi kalau korang nak datang sini memang senang, keluar je dari lebuhraya melalui plaza tol Sungkai, ambil simpang kanan, dalam berapa ratus meter korang boleh nampak restoran Nasi Bamboo Sg Klah di sebelah kiri. Dijamin sedap, gerenti puas hati.

Kalau korang perasan, ada gambar yang cantik ada yang tak cantik kan? Gambar yang cantik tu diambil dengan DSLR pada bulan April 2019 lepas, yang tak berapa cantik tu diambil dengan telefon pada bulan Mac 2020. 

Post a Comment

To Top