Penangan 'Cheese Boat', Tersandar Puas Makan di US Pizza.

Sedia maklum, pizza merupakan makanan Itali yang cukup popular di Malaysia selain daripada Spaghetti dan juga Lasagna. Kepelbagaian pada bahan yang boleh diletakkan pada pizza membuatkan ia menarik dan mudah dinikmati ramai. 

Di Malaysia, Pizza Hut dan Domino's merupakan dua restoran pizza yang popular dan saling bersaing. Tetapi, kalau dah selalu makan di Pizza Hut dan Domino's pun akan jemu jugak, kadang-kadang nak juga merasa pizza di tempat lain dengan topping dan bahan yang berlainan bukan? 

Korang pernah tak dengar tentang restoran US Pizza? US Pizza sebenarnya dah bertapak di Malaysia lebih dari 20 tahun, tapi ni kali pertama penulis ke sini untuk makan pizza. Walaupun namanya US Pizza, restoran ini bukan berasal dari Amerika Syarikat, tetapi ia sebenarnya brand tempatan yang bermula di Pulau Pinang.

Sebelum ni penulis tak pernah terlintas pun nak cuba makan sini sebab nak makan Pizza Hut dan Domino's pun jarang-jarang sekali, tambahan pula US Pizza tak mempunyai cawangan yang banyak - buat masa ni cuma ada di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Johor. 

Cuma, sejak tahun lepas bila penulis tengok ada pengulas makanan yang telah ke US Pizza dan cuba menu-menu yang ada, buatkan penulis teringin pulak nak makan di sini. Menu yang penulis paling teringin nak cuba sebenarnya 'Cheese Boat Pizza'.

Memang banyak gila keju dia letak atas Cheese Boat Pizza ni, untuk saiz macam dalam video atas ni, harganya RM38. Kalau korang nak add on itik, kena tambah lagi RM8. Entah berapa banyak keju yang diletaknya, memang tersandar terus lepas 2 slice.

Walaupun dah tersandar, kena teruskan makan jugak sebab ada 2 keping pizza bersaiz besar atau large yang perlu dihabiskan. Dari pemerhatian penulis, pizza bersaiz besar di US Pizza ni lebih besar daripada pizza bersaiz besar di Pizza Hut dan Domino's.

Ada lebih daripada 24 jenis pizza yang korang boleh pilih, dengan 6 jenis sos berlainan bergantung pada jenis pizza. Jadi kalau korang nak pergi ke US Pizza, boleh tengok jenis-jenis pizza yang ada pada senarai di atas supaya nanti bila dah sampai korang dah tahu nak pesan apa.

Dari segi harga pula, bagi penulis memang berbaloi kerana kandungan bahan yang digunakan banyak juga, dan pizzanya juga kelihatan lebih premium. Contohnya pizza yang penulis pilih, Chicken Classic memang penuh dengan ayam dan cendawan, San Diego Golden Tempura pula gunakan udang yang boleh tahan besar juga.

Sekali sekala, US Pizza juga ada keluarkan menu-menu yang istimewa, contohnya seperti pizza salted egg dan juga sambal petai udang, memang rare. Tapi kalau korang penggemar keju macam penulis, mesti cuba Cheese Boat Pizza macam dalam video atas tadi.

Untuk 6 ke 7 orang sebenarnya 2 keping pizza bersaiz besar tu cukup sangat dah. Dengan harga RM113, korang akan dapat juga 2 jug air teh o, 8 ketul chicken wings, 6 cream of mushroom dan juga 2 set garlic bread. Sambil-sambil dengar lagu country dan rock 'n' roll, memang layan.


p.s. semua 6 orang makan tak habis pun, siap bungkus bawa balik lagi.

Post a Comment

To Top