Tempat Wajib Pergi Untuk Sarapan, Astaka Taman Tun Sardon
Ramai orang tahu yang Pulau Pinang sering disebut sebagai syurga makanan bagi pengunjung dari dalam mahupun luar negara, cuma masalahnya bila datang ke Pulau Pinang masih ramai yang tak tahu nak makan di mana. Kalau korang rasa nak cari tempat lain selain daripada Padang Kota Lama, teruskan baca.
Tak jauh dari USM Pulau Pinang, di Gelugor ada satu foodcourt atau medan selera yang dikenali sebagai Astaka Taman Tun Sardon. Tempat ni memang terkenal dengan sarapan yang bermacam-macam jenis. Kalau korang datang hujung minggu memang ramai, dan kalau nasib tak baik kena parking jauh.
Apa lagi yang best di sini? Ada juga makanan-makanan rare yang korang susah nak jumpa di tempat lain selain daripada negeri Pulau Pinang. Contohnya nasi lemuni, nasi dalca dan serabai. Jadi kalau korang nak cuba makanan orang Pulau Pinang, Astaka Taman Tun Sardon ni boleh dikira sebagai one stop center untuk tujuan tu.
Tapi tujuan utama penulis ke sini bukan untuk makan lemuni atau dalca. Di sini ada satu kedai yang menyediakan kuetiau sup yang cukup sedap, kalau tak beratur memang tak sah bila datang ke kedai ni. Nama kedainya Sri Buana, jangan tertukar dengan Lang Buana Senario pulak ye.
Istimewanya kuetiau sup di Sri Buana ni, kita boleh pesan kaki ayam. Kalau datang sini, penulis memang akan pesan kuetiau sup special dengan kaki ayam. Kaki ayam dia lembut, sedut-sedut je boleh keluar isi dia.
Dalam kuetiau sup, ada fishcake, fishball dan isi ayam, memang cukup rasa. Kalau tak sedap, tak mungkinlah orang sanggup beratur panjang kan? Harganya dalam RM5 ke RM7, dan korang boleh pilih mee atau bihun selain daripada kuetiau.
Kalau korang tak rasa nak cuba makanan bersup, takpe, korang boleh cuba kuetiau goreng. Kalau korang nak makan kuetiau goreng gaya masakan cina yang halal, korang kena cuba kedai Aunti Ekonomi Mee Hoon Goreng. Kedai bersih, bahan yang digunakan pun disahkan halal.
Murtabak pun sedap sini, penulis kalau makan murtabak mesti dengan bawang. Ni memang cara orang pro, amatur je akan makan murtabak dengan kari 😝 Penampilan murtabak yang berkilauan memang menggiurkan.
Harga murtabak dengan kuetiau goreng tu penulis tak tahu sebab orang lain yang beli. Jadi apa lagi? Kalau korang tak pernah datang sini, lain kali ke Pulau Pinang mesti datang sini. Makanan cina, india, melayu semua ada, harga pun jauh lebih berpatutan berbanding di Padang Kota Lama, cuma perlu pilih dan pastikan perut kosong sebelum sarapan.
Post a Comment