Xiaomi Redmi AirDots, Peranti Fon Telinga Tanpa Wayar dengan Harga Mampu Milik
Kalau korang penggemar muzik dan lagu, korang mesti dah dengar tentang fon telinga ataupun earphone tanpa wayar. Kebanyakan fon telinga tanpa wayar yang ada di pasaran secara mudah akan mencecah harga ratusan ringgit, terutamanya keluaran daripada Apple dan Beats.
Sebagai contoh, Apple AirPods dijual pada harga RM699, Beats Powerbeats pula dijual pada harga yang jauh lebih mahal iaitu RM999. Sudah tentu kita boleh dapatkan kedua-dua produk tersebut pada harga yang lebih mudah secara online, begitu juga dengan produk yang penulis hendak kongsikan harini.
Beberapa hari yang lepas, penyelia pengajian lepasan ijazah penulis telah memberikan kepada penulis sebuah peranti atau produk keluaran Xiaomi. Ia merupakan sebuah fon telinga tanpa wayar, Redmi AirDots yang merupakan alternatif yang lebih murah kepada produk kategori sama keluaran Apple, Beats, Sony dan juga Samsung.
Secara online, ia boleh didapati pada harga serendah RM50. Pada harga yang sebegitu rendah, penulis tidak mempunyai jangkaan yang melangit berkenaan Redmi AirDots. Walaupun demikian, penulis mendapati bahawa ia mempunyai beberapa faktor yang menjadi daya penarik.
01 Jangka Hayat Bateri yang Lama. Secara sendiri, ia mempunyai jangka hayat bateri yang sama seperti peranti audio tanpa wayar yang lain, iaitu sekitar 4 jam. Tetapi, bersama bekas yang datang bersama dengan Redmi AirDots ni, secara teorinya ia mempunyai jangka hayat bateri melebihi 10 ke 12 jam. Ini kerana bekas yang digunakan untuk menyimpan peranti ini berfungsi sebagai power bank (bank kuasa?) yang akan mengecas peranti ini mengikut keperluan apabila ia disimpan di dalam bekas tersebut.
02 Hanya 20 Minit untuk Pengecasan Penuh. Memandangkan bekasnya berfungsi sebagai power bank, kita tidak perlu berulang-ulang kali mencari plug untuk mengecas peranti ini. Bergantung pada gaya penggunaan kita, kita hanya perlu mengecas bekasnya mungkin sekali setiap sehari atau dua hari selama sekitar 20 minit. Memang sesuai untuk mereka yang melancong.
03 Kualiti Bunyi yang Baik. Walaupun dijual pada harga yang lebih murah, ia tidak menghalang Xiaomi daripada mengeluarkan produk yang berkualiti. Peranti ini mengeluarkan bunyi yang berkualiti, jelas dan kuat bersesuaian dengan kategori harganya. Penulis telah cuba peranti ini dengan beberapa video yang mengeluarkan audio atau bunyi 3 dimensi untuk menguji kualiti bunyi stereo peranti ini.
04 Dikategorikan IPX4. IPX4 merupakan kod yang merujuk kepada tahap tahan air suatu peranti. Peranti dalam kategori IPX4 masih boleh berfungsi walaupun terkena simbahan air dari pelbagai arah. Ini bermakna, peranti Redmi AirDots amat sesuai bagi mereka yang hendak menggunakannya sambil melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh atau dalam keadaan yang berpotensi untuk terkena renjisan air.
Penulis, sebagai seorang yang bukan penggemar muzik ataupun lagu, mungkin tidak dapat menilai kualiti bunyi dengan tepat. Walaupun demikian, dari segi keperluan adanya peranti ini, ia sudah memadai. Peranti ini juga berfungsi untuk menjawab panggilan dan menggunakan tindakan suara, menjadikan ia sangat berguna ketika memandu.
Xiaomi Redmi AirDots
Rating: ★★★★☆
Post a Comment