Pop Mie Goreng Pedes Gledeek, Mi Segera Pedas ala Cili Kering dari Pengeluar Indomie, Indofood

Samyang Nuclear sudah, Maggi Pedas Giler 2x sudah, Mamee Ghostpepper pun sudah, hari ini kita cuba satu produk baru dari indofood pula iaitu Pop Mie Goreng Pedes Gledeek yang penulis beli dengan harga RM2.50. Harga mungkin berbeza mengikut kedai atau pasaraya. 

Sebenarnya ada satu lagi produk baru, Pop Mie Pedes Power yang berasaskan kuah, tetapi penulis lebih sukakan yang goreng. Agak-agak macam mana tahap kepedasan Pop Mie Pedas Gledeek ni? Apa keistimewaannya berbanding mi segera pedas yang lain?

Apa maksudnya pedes gledeek? Pedes sebenarnya pedas, dan gledeek sebenarnya dari perkataan geledek yang bererti guruh atau kilat. Jadi mungkin ia bermaksud satu rasa pedas yang keras atau kuat, atau bahasa mudahnya 'ekstra pedas'. Produk ni sebenarnya dah ada lama di Indonesia, tapi mungkin baru sekarang sampai di Malaysia.

Dari segi warna, warnanya tidaklah begitu menggerunkan. Ia kelihatan pudar seolah-olah macam penulis pula yang tidak kacau dengan sebati. Tetapi, jangan tertipu dengan kepudarannya kerana rasanya memang pedas. Rasanya seperti cili kering, membuatkan rasanya agak berbeza berbanding mi segera pedas yang lain.

Dari segi kepedasannya, bagi penulis Pop Mie Pedes Gledeek ni sedikit lebih pedas daripada Maggi Pedas Giler perisa ayam bakar. Tidaklah terlalu pedas, tetapi masih dapat membuatkan penulis mencari-cari air, dan seperti biasa pengalamannya akan berakhir dengan "a painful trip to the toilet".

Pop Mie Pedes Gledeek
Rating: ★★★★☆

Post a Comment

To Top