Mukmin Ikan Bakar Alai Crystal Bay, Melaka. Restoran Ikan Bakar Sedap yang Bukan Mainstream

Selalunya penulis kalau ke Melaka mesti akan ke Medan Ikan Bakar Pernu atau Umbai untuk makan di Restoran Ikan Bakar Parameswara. Tetapi kali ni lain sikit, kita cuba tempat baru pula iaitu Mukmin Ikan Bakar yang terletak di Alai, Melaka.

Sama seperti di Medan Ikan Bakar Pernu, berhampiran Mukmin Ikan Bakar ni ada banyak lagi restoran ikan bakar yang kita boleh pilih. Restoran-restoran di sini kebanyakannya buka selepas pukul 5 petang. 

Update: Mukmin Ikan Bakar Alai dah berpindah ke tempat baru, di lot kedai cuma 500 meter dari tapak lama.

Untuk kali ni, penulis berkesempatan untuk rasa siakap bakar, siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, pari bakar, kupang masak sambal dan ketam masak telur masin. Menu yang dipesan kali ni memang lebih banyak daripada biasa. Otak-otak dan nasi lemak pun ada.

Pertama sekali, penulis bukan penggemar makanan laut, jadi penulis memang kurang gemar ketam dan kupang, cumanya penulis memang suka dengan rasa kuah salted egg atau telur masin pada masakan ketam yang dipesan. 

Untuk ikan siakap dan pari pula, isinya cantik dan rasanya memang sedap walaupun siakap tiga rasanya nampak agak berbeza berbanding di restoran lain. Makan dengan nasi lemak pula, memang terbaik lah.

Harga makanan laut di restoran ikan bakar kebiasaannya bergantung pada musim. Jumlah harga untuk menu yang penulis pesan semuanya RM225.60, korang rasa mcm mana? Murah ke mahal? Boleh tengok gambar di atas untuk perincian harga.

Kawasan agak sempit dan orang lebih ramai pada waktu malam, jadi kalau nak elakkan kesesakan, eloklah datang pada waktu petang. Kalau datang lebih awal, bolehlah melawat pantai Crystal Bay sementara tunggu restoran buka.

Mukmin Ikan Bakar Alai
Rating: ★★★★

Post a Comment

To Top