Keli Penyet di Ayam Bakar & Penyet d'Qarumun, Indera Mahkota 7, Kuantan (CLOSED)
Ayam Penyet merupakan makanan yang berasal dari Indonesia, atau lebih tepatnya Jawa Timur yang selalunya disediakan bersama dengan tempe, tauhu goreng, timun, sayur dan juga sambal. Kalau di Kuantan, ada beberapa restoran dan warung yang menjual nasi ayam penyet, salah satunya restoran yang agak low profile di Indera Mahkota 7 (IM7), iaitu restoran Ayam Bakar & Penyet d'Qarumun.
Restoran Keli Penyet d'Qarumun yang pernah terletak di IM7 ni telah pun ditutup.
Cawangan IM7 merupakan cawangan yang kedua yang baru sahaja beroperasi selama 1 tahun. Penulis tak pasti sama ada cawangan pertama di Kuantan Parade masih beroperasi atau tidak. Selain dari ayam penyet, juga terdapat keli penyet, ayam berempah, ayam bakar, ayam goreng kunyit, keli sambal hijau dan juga daging goreng kunyit.
Kesemua menu disebutkan tadi berharga RM7.90 kecuali daging goreng kunyi yang berharga RM8.90. Ia datang bersama dengan air sirap, teh o dan ais kosong percuma yang boleh diisi semula (refillable). Kalau korang jenis yang banyak minum air, memang berbaloi.
Penulis jarang memesan ayam penyet kalau ke sini, seingat penulis pernah makan sekali je. Ayam penyet yang penulis pernah dapat merupakan bahagian dada, ia tidak terlalu kering dan masih lembap. Setiap kali penulis ke sini penulis akan makan keli penyet. Di sebahagian restoran, keli di panggil lele, contohnya seperti di Ayam Penyet Ria.
Selain dari sambal, penulis akan pesan sambal kicap untuk dicecah dengan tempe, tauhu dan ikan keli sebelum dimakan dengan nasi. Kebiasaannya penulis akan basahkan sedikit sebahagian nasi dengan sup sebelum digaul bahagian tersebut dengan sambal dan kelapa.
Jadi di manakah lokasi ayam penyet dan keli penyet yang sedap di Kuantan? Kalau masih ada yang tertanya, bolehlah cuba makan di sini, sehingga sekarang rasanya dah lebih 5 kali penulis makan nasi keli penyet di sini. Walaupun saiz ikan yang disediakan tidak konsisten -- kadang-kadang besar kadang-kadang kecil mengikut keadaan ikan di pasaran, rasanya memang sedap.
via google maps
Kalau ada kawan yang tak makan nasi, makanan seperti mi kari, mi sup dan nasi air juga ada disediakan pada harga RM4.50 tanpa air percuma. Bagi penulis, keli penyet yang disediakan sudah mencukupi dengan tempe dan tauhu, tetapi kalau mahu jadikan ia lebih baik, penulis cadangkan untuk sediakan sambal terung seperti yang dilakukan restoran Ayam Penyet Surabaya.
Restoran ini tutup pada setiap hari Jumaat.
Restoran ini tutup pada setiap hari Jumaat.
Post a Comment