Pengalaman Pertama Kali Sarapan di Burger King, Smoky Chicken Kingwich

Burger King Smoky Chicken Kingwich
Bercakap tentang sarapan di restoran fast food, mesti rata-rata kita tak terfikir pun tentang Burger King. Salah satu sebab kenapa Burger King tidak sinonim dengan sarapan adalah kerana bilangan cawangannya yang lebih sedikit berbanding McDonald's dan KFC yang telah mendominasi pasaran Fast Food di Malaysia sejak sekian lama.

Pada suatu masa dahulu, mengikut pengalaman penulis, Burger King lebih dikenali sebagai burger orang kaya ataupun burger airport. Tidaklah sehingga tahun 2011, waktu penulis masih belajar di sekitar Petaling Jaya; Burger King mula untuk keluarkan menu yang lebih mampu beli. Sejak daripada itu juga cawangan Burger King semakin bertambah.

Burger King Breakfast Menu
Walaupun dah 6 tahun sejak Burger King perkenalkan sarapan di cawangan-cawangannya seluruh Malaysia, penulis memang tak pernah walaupun sekali cuba menu sarapan di Burger King. Antara alasannya sebab pada waktu tu, McDonald's dan KFC lebih mampu beli atau 'affordable'. Tetapi sejak menu-menu di McDonald's dan KFC mula naik harga, ia membuatkan penulis rasa Burger King menjadi lebih mampu beli.

Burger King Smoky Chicken Kingwich Fillings
Jadi penulis telah membuat keputusan untuk bersarapan di Burger King buat pertama kali dalam sejarah penulis, dan penulis telah memesan burger Smoky Chicken Kingwich bersama dengan Americano. Dari segi penampilan, nampak kemas dan simple. Pada dasarnya, burger ini ialah burger telur bersama dengan kepingan ayam.

Burger King Smoky Chicken Kingwich Cross Section
Telur yang digunakan pula seperti antara telur dadar dan telur hancur (aka scrambled eggs). Telurnya tebal, lembap dan lembut dalam masa yang sama, mengingatkan penulis pada Tamagoyaki, telur dadar daripada Jepun. 

Secara keseluruhannya, penulis memang galakkan untuk korang cuba. Roti ataupun muffin yang digunakan lembut, kepingan ayamnya juga secara halus telah melengkapi rasa telur yang ada bersama-sama dengan sos keju. Pada harga RM7 untuk burger, kopi, penghawa dingin, akses internet dan juga ruang yang kondusif, mungkin ada antara korang yang rasa berbaloi.

Post a Comment

To Top